Pages

Monday, October 19, 2015

New update.

New place.
New environments.
New friends.
The same old me.
Another 1 and a half year left.













Wednesday, December 12, 2012

Bye Bye Besar :'(



Besar, si kesayangan semua orang dah pergi untuk selamanya pagi tadi.
Sedih. Sedih sangat sangat.

Masa summer break hari tu,
3 bulan, 24/7 menghadap diorang je, Besar ngan Kechiq.
Bagi makan, mandikan, tengok tv sama-sama, berjaga tengah malam sama-sama.
Banyak sangat kenangan sama-sama. Sampai aku rasa nak bawak diorang balik Egypt.
Tak sangka 3 bulan tu je. Lepas ni takde dah Besar.

Takde dah Besar bising-bising mintak makan tiap2 pagi, tiap2 petang.
Takde dah Besar tiba-tiba datang baring celah2 orang.
Takde dah Besar ketuk2 pintu bilik tengah2 malam or pagi-pagi.
Takde dah Besar berlari panjat sofa bila aku panggil.
Takde dah besar teman aku tengok movie malam-malam.

Sedih sangat.

Mak bagi tau tru fb td. Masa tu kat kuliah lagi.
Kelmarin kot tau dia sakit.
Hari ni dah takde. 
Masa lecture, tiba-tiba teringat, ternangis pulak.
Tengok video dia masa dulu-dulu, lagi sedih.
Rasa macam dia ada lagi.


Nak upload gambar, lembab lah pulak. Nantilah.

"Thanks for all the sweet memories, Besar. Teman kitorang, teman wan kat rumah. Saaaaaaaayang Besar. Kitorang mesti rindu Besar sangat-sangat.Terima kasih ya Allah, bagi pinjam Besar..walaupun cuma beberapa bulan je."

Saturday, November 24, 2012

My Stress-therapy




COOKING is my stress-therapy
while EATING is my passion



musim exam kita stress
bila stress kita masak
bila dah masak haruslah makan
bila dah makan wajibulghunnah lah gemss.


sebab tu aku tak suka exam. logikkan?




Saturday, November 10, 2012

Questions to be Answered














Will I be a good doctor?
Will I get married?
And if I get married,
Will I have a handsome good husband?
Will I live a happy life?
Will I?

Will you?
Will you marry me?

 Crap!








Kahwin tu tak pasti. Tapi mati itu pasti. Tapi bila?
















14440km




Dah dekat setengah tahun
berjaya tahan diri daripada berkomunikasi
tapi,
hari ni tiba-tiba rindu
rindu nak berkomunikasi
rindu ayat-ayat beku dan sarkastik itu.


Ish, moh la study. 
Jangan merepek.



Eh, tapi kalau kita rindu orang
sebab orang tu rindu kita jugak kan? kan? ahakss :P






Saturday, November 3, 2012

Kisah Ustaz dan Makcik Tua




Tadi senior aku share something kat fb. Sambil-sambil belek buku biochemistry, 
aku baca lah ape yang dia share tu.


Ohhh. pasal sorang makcik yang tak suka Dr Mursi (Presiden Mesir sekarang) dan bla bla bla.


Ni ceritanya:

Pagi tadi, membeli di sebuah kedai runcit dekat rumah. Tiba-tiba saya didatangi seorang makcik tua dan dengan suara yang tinggi dia berkata, "Mursi (Presiden Mesir) kata 70 peratus negara dah bersih, kamu percaya? Cuba tengok sampah ni!" sambil menunjuk ke arah sampah-sarap di sekitar kedai.


Saya kata, "Makcik kena faham, Mursi kata 70 peratus, masih ada baki 30 peratus dan 30 peratus lagi yang t
ak bersih tu antaranya di kedai ni la!". 


Makcik yang bengang itu lantas menuduh saya Ikhwan. "Kamu orang Ikhwan?" Saya tidak menjawab soalan tersebut. "Jujurnya, bagi saya Mursi berbeza dan amat baik jika dibandingkan dengan Mubarak sebelum ini!" lantas saya berlalu meninggalkan makcik tersebut yang ternyata tidak boleh menerima kenyataan sambil dia bertempik, "Hati-hati! Budak ni Ikhwan Muslimin!!"


Terlupa saya untuk mengajukan soalan kepada makcik tersebut, "Rupanya 13 juta rakyat Mesir yang undi Mursi dalam pilihanraya baru-baru ini, semuanya Ikhwan Muslimin ye?" 

Anggapan mereka, tanggungjawab membersihkan sampah sarap walaupun di depan tangga rumah, adalah tanggungjawab Presiden, bukan rakyat bekerjasama membantu. Anggapan mereka siapa yang sokong Mursi, adalah sokong Ikhwan. Anggapan mereka Mesir zaman Mubarak berada di tahap yang paling baik tanpa apa-apa krisis.


Tapi bukan ni yang aku nak kongsikan. Bukan ni yang buat aku tak puas hati. Tapi komen-komen kat bawah ni yang aku menyampah.





Huh, see! ape respond diorang? Bahasa macam mana dia guna?

Tau tak diorang tu siapa?

PELAJAR UNIVERSITI AL-AZHAR!


Orang-orang macam ni memang aku tak heran langsung. Aku manusia yang jahil ni rasa tak patut langsung komen-komen macam tu datang daripada diorang. Kalau tak suka pon, tak payah lah nak bahasakan orang bodo, himar bagai. Kau tu pandai sangat ke? 



Entahlah, maybe ada yang kata aku emo tak tentu pasal. 
Orang main-main aku pulak serius lebih-lebih.
Tapi bagi aku, student al-azhar, appearance berjubah, kopiah bagai, tapi cakap macam tu.
Nanti balik Malaysia, nak jadi cikgu ke, pendakwah ke, tak sesuai sangat.
Nanti orang tak respect kita. Orang takkan berubah kalau kena tegur macam tu.
 Lagi benci ada lah.



Nabi Muhammad dulu macam-macam orang buat kat dia.

Tapi ada ke keluar perkataan bodoh, himar tu semua?
Aku yakin tak ada.


Kita ni siapa?



Mungkin orang tu (makcik dlm cerita tu) belum terbukak mata, belum nampak kebenarannya. Yelah, orang tua especially yang bukan well educated ni 
senang nak dimanipulasi. Kat Malaysia pon ramai.

Dia bukan bodoh. Dia tak tau. Dia belum tau. Kalau dia tau?



Doakan dia. Jangan bodohkan dia.

Sama-sama muhasabah diri. Aku lagilah jahilnya.


























Friday, November 2, 2012

Interracial Marriage

     






           +
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaa

MUZ BICHOCOLATA!!


baru tau kesedapannya!