Pages

Monday, February 27, 2012

Super Duper Malu.



Hari ni hari malang sedunia ke?

eh, bukan?

Tapi kenapa ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kenapa? 
Why?

Nak turun dari tramco (which is van-utk-membawa-penumpang)
Kain tersangkut kat mana tah.
Sekelip mata je..

Zrappppppppppppp!

Koyakkk! Tengok la tinggi mana koyak tu!
Dunia rasa gelap gulita.
"Ehh, hati-hati!" (mungkin ayat tu bunyi lain. ku dah tak peduli)
Lelaki hensem tu hilang dari pandangan.


Demmitttttt!!!




Saturday, February 25, 2012

Imam dan Makmum



status fb kawan saya (lebih kurang la bunyinye)

"Saya bukan hanya cari boifren @ suami. Saya cari imam kepada saya dan anak-anak."

pernah baca statement macam ni dulu.
saya cuma cakap "alala, sweet nye!"

sekarang, baru saya tergerak hati memikirkan kebenaran statement tu.
saya pon nak seseorang untuk jadi imam saya. 
betulkan tajwid saya. 
tegur setiap kesalahan saya.
pendek kata, orang yang baik, sempurna di mata saya dalam setiap perkara.

tapi saya sedar. saya bukan baik untuk dapat yang terbaik.
solat saya bukan di awal waktu.
kalau penat lepas class, saya skip baca quran.
selalu mengelak solat jemaah. 
solat sunat jarang sekali saya buat. puasa sunat apatah lagi.
tapi masih berangan untuk dapat yang terbaik.
tak malu, kan?

pernah beberapa kali terdetik di hati untuk berubah menjadi lebih baik.
tapi saya rasa istiqamah tu saangat susah.
kadang-kadang rasa nak marah diri sendiri.
kenapa cepat sangat mengalah.

pernah, kami nak solat berjemaah.
kawan saya tu nampak biasa-biasa je.
tapi bila disuruh jadi imam, dia ok je.
kalau saya? asyik mengelak je. 
dalam hati saya kagum dengan dia.
saya malu dengan diri sendiri. sumpah saya malu.

saya selalu sedapkan hati sendiri.
nantilah aku jadi imam.
betulkan bacaan dulu. itu lah ini lah.
tapi bila? huhu. teruk kan?

dalam kembara mencari imam yang terbaik.
saya mesti lah melengkapkan diri untuk jadi makmum yang terbaik.
saya tau bukan mudah. hati selalu berbolak-balik.
tapi tak salah mencuba. gagal sekali. boleh cuba lagi.
Moga-moga Allah kuatkan hati ini.
Ini harapan saya. Untuk saya dan kawan-kawan saya.




To my future imam,
I have no idea who you are, but I promise
that I'll prepare myself to be a good makmum to you. 
Semoga awak dan saya diberi kekuatan untuk sentiasa berada
di jalan yang diredaiNya. InsyaAllah.


P/S: post ni bukan sebab dah tak sabar nak kawin ke ape.
tapi untuk mempersiapkan diri tu memerlukan masa yang lama. tak cukup sehari dua.
so, mak takyah risau. haha





Tuesday, February 21, 2012

complicated



susah untuk aku faham diri sendiri
apatah lagi nak faham hati, fikiran, dan perasaan orang lain.
ye, mungkin aku kurang sensitif.

susah untuk aku luahkan secara lisan apa yang ada dalam hati dan fikiran aku
aku takut. takut akan keruhkan lagi keadaan.
aku lagi suka tulis. dan post kat blog simpan. 
kalau sakit hati sangat, koyak dan buang.
lepas tu lega.

ada sesuatu yang buat aku marah
aku akan diam. diam sediam-diamnya.
aku takut kalau aku bersuara.
semua orang akan sentap. 

kalau aku sedih aku makan makan dan makan
kalau bahagia aku kenyang seminggu. haha

masa sekolah rendah, aku suka kawan ngan lelaki.
sebab aku rasa lelaki less complicated compared to girls.
tapi tak tau la lelaki suka tak kawan ngan aku :p
dah besar malu lah pulak. cissss!

aku tak suka dipaksa.
jangan paksa aku buat benda yang aku tak suka.
nanti aku rasa nak mengamuk marah
kalau aku marah bahaya.

aku suka jump into conclusion.
ye, pandai-pandai buat conclusion sendiri tanpa usul-periksa.
buktinya: pada suatu hari, aku ingat dia marah aku, dia ingat aku marah dia.
dua-dua diam. senyap sunyi.
eh, kita gaduh ke? kenapa??


okay, aku tak tau apa motif aku post entry macam ni.
tension dengan ECG + cik roomate kot.

kepada sape yang baca. maaf, buang masa korang.
untung la sape yang terus scroll down tanpa baca. :Pcom[



Thursday, February 9, 2012

Kahwin Semasa Belajar




Assalamualaikum to all readers. bajet ada orang baca lah kannnn


Malam ni takleh tido. Maybe sebab coffee. maybe sebab memang dah ditakdirkan aku tak mengantuk malam ni.
Kenapa tajuk entry aku malam ni sensasi sangat?
Entah lah, dua tiga menjak ni telinga aku asyik dengar perkataan kawen je.
Mata aku asyik tertengok
*tertengok hokey* gambar orang kawen aje.
Jadi, adalah jugak tergedik-gedik rasa nak kawen tu. Haha.
Dusta belaka. Takde maknanya.

Haa, petang tadi ada dengar bunyi kompang, means? Ye, orang kawen.
Kawan aku pulak up status fb dia pasal kawan dia yang baru kawen dan dah berjaya pregnant pon.
Dia sama umur ngan kitorang tau. Baru 19. Alhamdulillah, rezeki dia.
Perasaan aku? 

'Ye? Owh, okay!'

Tersentap sesaat dua then kembali normal.
Aku tak kisah orang nak kawen. Ok lah, tipu. Kisah jugak. Jeles la sikit.
Sambil cakap 'Lambat nau orang nak propose aku. hish!' dalam hati je tapi

Okay, serious.
Mak aku kasi lampu merah bab-bab kawen masa belajar ni.

'belajar dulu. habis belajar memang mak kawenkan awak.'
'jangan cari pasal nak kawen nak kawen'

Haih, ingat orang takut letteww!! :P
Haha. kalau mak aku tak warning pon memang aku tak terfikir pon nak buat sume tu.
InsyaAllah, bukan dalam fatrah aku belajar ni.

Sebabnya?
 
Tak sedia mental fizikal. Semuanya.
Urus diri sendiri pon fail. Nak urus anak teruna orang.Penat weh.
Kawen bukan untuk suka-suka. Kawen ni tentang tanggungjawab. Tanggungjawab kat mak ayah pon 
belum pass lg *aku lah, korang tak*

banyak lagi sebabnya tapi tengah-tengah malam macam ni mmg aku takleh fikir dengan kreatif n kritis :P
Tu je lah yang aku mampu.

Ha, orang kata kawen kat mesir murah. senang.
Biarlah murah macam mana sekalipun. sanggup ke nak kawen sebatang kara mcm tu?
eh, ada ke term tu?
family takde, abang,kakak,angah,along,acik,paklang,pakngah,paklong, mak su, 
mak lang, mak de, mak-siapa-lagi takde.
oh, sadis. tak rela.tak sanggup.

Ni apa yang aku rasa. Pendapat aku.
Ada yang tak setuju. Aku tau.
Bukan semua orang fikir macam aku. Entah-entah aku sorang je.
okfine!

One fine day, sampai masanya. nak lari pon tak boleh kan?
cuma, aku harap, sebelum masa tu tiba.
aku dah boleh berdiri atas kaki sendiri. dah mampu balas jasa mak abah dulu.
tak susahkan dorang nak tanggung itu ini dah. 
InsyaAllah :)


Ye ye je cakap pasal kawen kan?
Padahal takde orang minat pon. Demmm!!










Wednesday, February 8, 2012

Tak Rajin=Malas?

Assalamualaikum to all readers.

Apa khabar iman anda hari ni? :D

tau tak,
Aku ada satu masalah besar sekarang.
Makin hari makin teruk.
Ye, penyakit malas. Maalasss gile.

malas baca buku.
malas kemas bilik sebelah
malas bangun tido
malas mandi *sejuk gilos hokey*
segala-galanya malas.

makan je tak pernahh malas

nak-nak time winter break ni.
lagilahhh.

kalau ikutkan, time cuti sekolah zaman dulu-dulu
lagilah dahsyat perangai. 
tapi feeling dia tak sama dengan sekarang.
paham tak? erm, rasa kosong-tak fikir apa-apa-pasrah je apa nak jadi
ngeri tau tak perasaan tu. haih!

hah, kan tak pasal-pasal aku dah ter'reveal' perangai tak senonoh aku!
sekarang, ada tak bakal-bakal mak mertua yang sanggup amek risiko??



Sunday, February 5, 2012

I'm Back



Assalamualaikum to all readers

Ohh, berkurun dah tak update blog ni. Ntah, macam malas sangat. Macam yang aku bagitau dlm last entry, aku sekarang kat Mesir. Alhamdulillah, impian nak amek medic tu tercapai. 


Dari kecik berangan, dah besar nanti..nak dapat straight A's, then amek medic. taknak kat malaysia...nak kat oversea, tempat ada salji. Demand gila aku time kecik-kecik dulu..haha
So, bila satu persatu impian zaman kanak-kanak riang dulu tu tercapai..rasa bersyukur sangat. Walaupun tak dapat pergi negara yang ada salji, tapi dapat lah jugak merasa gigil2 time winter kan..haha


Masa mula-mula sampai sini, seyes aku memang tak percaya. Bangun tidur, pelik. 
Aku ada kat mana? 
Naik bas, semua orang arab. cakap bahasa arab. tak percaya lagi. 
'Eh, biar betul aku ada kat sini? for real??'
Haaa..cite pasal bas semua ni, aku dulu kat Malaysia takdenye nak naik bas ke teksi ke. Paling tak pon, naik bas INTEC dari Akasia ke INTEC (tu sbb that's the only way nak pergi class hari-hari :P)...paling-paling hebat pon, naik trans dari shah alam ke kuantan. takut-takut berani jugak tapinye..haha

Sekarang, kat Mesir, bas, tramco,teksi,train...semua aku dah belasah naik..
kata nak survive kan..
public transport kat sini bukannya secantik dan seselesa kat malaysia. 
tapi bersyukurlah dengan apa yang ada.
Tu lah hikmahnya aku sampai sini. walaupon ni lah tempat yang aku paaaaaling
 tak nak pergi.
dulu classmates aku nak further study kat mesir, aku kata macam-macam. 
Last2, yang perginya aku (see, kat dunia lagi Allah dah balas..haha) 

Owh, cakap pasal hikmah tadikan..tu lah, setiap yang Allah aturkan tu mesti ada hikmahnya.
Kalau dulu aku selalu bergantung pada orang lain, sekarang aku dah tough sikitt. haha..
dah belajar berdiri atas kaki sendiri. naik bas sorang-sorang, renew visa sendiri. kalau dulu pergi 7-11 beli newspaper pon mak yang kena pergi.Aku stay dalam kereta.Malu, kekdahnya. Dahsyat kot.



Ada lagi, kat sini aku lebih bergantung kepada Allah. Kenapa? Yelah, hidup jauh dari family, kat mesir pulak tu..bukannya aman damai macam Malaysia. Ada masa kecoh ada masa aman je. Tengok org bergaduh tengah jalan, rompak, driver yang bahaya lagi kurang kesabaran, dan macam-macam lagi. Sebelum keluar rumah, doa dulu. senang semua urusan untuk hari tu. Kalau kat Malaysia dulu, harapanlah aku nak doa sume kan sebelum keluar. Alhamdulillah, kat sini..aku belajar sesuatu yang baru. Sesuatu yang baik.

Okay lah, tu je yang aku nak share. Pengalaman yang aku tak pernah mimpi akan dapat.
Doakan aku rajin sikit nak baca buku ye :D