Pages

Tuesday, September 27, 2011

Ardhul Kinanah

hye to all readers

Dah lama tak update blog...busy dan mood berblog hilang ntah ke mana
Ok, untuk sesape yang tak tau, 12/9/2011 hari tu aku fly ke egypt.
Dah nak masuk 3 minggu dah kat sini.

Masa mula-mula sampai tu mmg takde rasa terlebih eksaited ke hape pon.
dah masuk 3 minggu ni, nak balik malaysia je rasa. tapi, IMPOSSIBLE la kan =.=

class mula awal oktober
cepatttttlah class mula. den dah tak tahan tido makan dan berdiskusi kitab semata-mata.
nak bersiar-siar, takde org nak bawak gi jauh2...
tapi, frankly, kalau aku boleh pilih lepak bilik dan jalan, aku pilih lepak kat bilik je. at least, buat masa sekarang la

kenapa?
sini mmg la bukan macam malaysia. 
traffic light takde, meriah dgn hon je..bawak kete macam nak terbang, dahtu, boleh plak gaduh2 ngan driver sebelah!
sebagai rakyat malaysia yang berhemah dan bersopan-santun, mmg la rasa tak selesa kan? hehe


nak upload gambar, internet cam siput sedut...
nantilah aku upload..
kat sini ada tempat yang macam erkkk...ada tempat yang lawa gilaaaaa
adatlah kan....tapi rumah aku kat tempat yang macam erkkk!!
hahaha..adoyai, nasib kau lah labu!

Sunday, August 7, 2011

1+1=2





Hari ni


Balik Shah Alam sorang-sorang

Dalam bas duduk sorang-sorang *ade ke single seat duduk 2 orang?*

Then buat-buat konfiden gi cari teksi sorang-sorang

Pergi bazar ramadan sorang-sorang

Berbuka sorang-sorang

Sedih tau. 

Ni rasa nak kawen ni! :P


Sunday, July 31, 2011

first:failed




Ramadan.
Nak Ramadan tahun ni lain dari Ramadan lepas.
Tapi aku dah spoil kan hari pertama ramadan. *tamparmukasendiri*





note to myself. *org lain jangan baca*
:: jangan cepat nak marah orang. kau sape? ::




Trying


Ya Allah,
Please open my eyes, heart and mind.
Help me to wash away that feeling.


I'm tired
I wanna be a better person




Saturday, July 23, 2011

SENSETIP



Am I too sensitive or just being insensitive?


Everybody doesn't understand me or I'm the one who did not care bout others?

They don't understand me.

I don't understand myself.

She said to me,"Aku yang paling paham dan sabar dengan kau. Takde orang lain dah!"

At, that time, I didn't feel anything....until now...
Ye, kau je paham and sabar dengan aku. Aku mengaku lah.









Thursday, July 21, 2011

EGYPT. Is it for real??



Ni memang yang aku nak.
Tapi tempat tu. Tak pernah terfikir pon nak pergi.
Jauh bezanya. Sangat.
Rasa cuak tetiba.
Betul ke keputusan yang aku buat?
Soalan-soalan luar alam dah start keluar dari kepala aku.
Kadang-kadang rasa tak nak pergi.
Tapi kalau tak pergi. Tak dapat la MD tu.
Mana bolehhh!!!





Haih, redakanlah hati aku ni Ya, Allah.
Harap-harap sume urusan ok dan lancar je~~




Have to stop comparing Egypt with that country. Erk.
Towards you. Must be strong enough.





Monday, July 18, 2011

Sunshine






Just words. Visually.
you and me.
you didn't feel anything
I know.


 It's10.45 pm rite now but why I can see the sunshine strikes through my window?


Why?









Tuesday, July 12, 2011

Takde Title. Takleh Fikir.




Lots of quizzes, assignments, presentations, role-plays

serabut.sangat.amat.
Ceh, baru preparatory programme dah serabut, cane?

Ni yang membuatkan aku rasa nak kawen je. takyah belajar. boleh?
Haha...sengal!



P/S: Mak, kalau mak baca post ni, kita main-main je. tapi kalau mak bagi kita tak kesah :P




Sunday, July 10, 2011

WROC



Intec banyak gagak. sangat.
Ada gagak yang curi makan nasi lauk ayam dari pinggan orang
Tapi orang tu makan je macam takde apa-apa
Sharing is caring :) 



Gagak tak kotor. Gagak tu survivor.


p/s: eh, apa motif tulis entry pasal-kasih-sayang gagak-manusia ni?



Saturday, July 9, 2011

High Pressure




Its not stress that kills us, it is our reaction to it."



Feel like crying rite now.


I'm not the person who can handle stress well.
Who could still smile when lots of things running in my mind.


Crying is not the best solution
I know~~



That's why I'm blogging :P
Tension. Nak kawen! lalalala 

Wednesday, July 6, 2011

Tuesday, July 5, 2011

POSHe


Hye to all readers and stalkers






Pernah pergi sini?
Aku pernah.

Dari luar nampak macam biasa je
Tapi sebenarnya tak biasa
Rumah ni tempat untuk kanak-kanak HIV berlindung, menumpang kasih.


Diorang takde pertalian darah pon sesama mereka tu
Tapi kalau korang tengok betapa rapat nye hubungan diorang
Korang akan rasa semacam. Kagum, terharu, nak nanges~~

Si adik-adik panggil si abang, Abang Long
Kalau si adik kecik nak muntah, cepat-cepat si abang tolong.
Sorang ambik besen kecik, sorang ambik tissue,
 sorang gosok-gosok belakang si adik, lap mulut dia.
See, aku kagum dengan diorang!
Aku pon tak pernah buat macam tu kat adik aku!


Walaupun diorang ada HIV
Jangan sesekali pandang diorang hina
Jangan sesekali menyisih/memulaukan diorang
Diorang tak bersalah, tak hina
Mungkin dorang lagi mulia dari pada kita yang sihat ni.
Who knows??














Monday, July 4, 2011

Towards You






I'm still the same person who have the same feelings towards you.


Towards you. It's definitely not easy.









Saturday, June 4, 2011

INTEC Punya Cerita

Hye to all readers and stalkers

Fuhhh...sangat heaven dapat kembali bertapa depan computer! 
It's been quite a busy week for me
Tempat baru, kawan baru walaupun ada jugak lah sorang dua kawan lama, lecturer baru...semua lah baru!
Nasib baik boleh cepat je adapt dengan sume benda ni..alhamdulillah~~

kalau dulu,
nak pergi bio lab yang selang dua tiga blok pon dah merungut-rungut
sekarang amek kau,
nak tercabut kaki baru samapai kat class
dah tercungap-cungap baru sampai lecture hall *oke, over dose sket*
dah berbunyi-bunyi perut baru sampai kat cafe

Tapi takde hal lah sume tu
tangan dah rasa bermuscle dah sekarang! muahaha

Tu belum lagi pasal ustaz yang masuk kelas terus cakap arab
Ternganga den! Siap kena gelak lagi ngan classmates sebab dia tanya lain aku jawab lain! Ciss~~
Takpelah, pengalaman kot.


Eh, ok lah
kena buat research untuk 3 assignments!
yes, baru seminggu dah ada 3 assignments yang errr.. 
Sabau je lah =.='


Wednesday, June 1, 2011

Pffttt

kat INTEC sekarang
takde masa nak berblog nih
nak tido pon alaahai
ada masa nanti
aku post panjang panjang okeh!

Wednesday, May 25, 2011

Delima? No! It's DILEMMA!

UIA or INTEC ?

MALAYSIA or EGYPT?

BIOLOGICAL SCIENCE or MEDIC?


Barang-barang untuk UIA sume dah siap.
Then dapat call dari yayasan pahang


Alahai, jangan buat aku macam ni.
Pegi UIA tak confirm lagi dapat tukar course ke tak.
Pegi INTEC tu memang dah sah-sah la dapat medic kan.
Aku dah set mind untuk pegi UIA tapi call tadi buat aku arrrgghh!
Nak medic. sangat. sungguh amat sangat paling.

INTEC register 27/5 which is lusa. gila.
UIA 29/5. 

Kalau pilih UIA then tak dapat tukarkan BS tu ke Medic.
Tak ke frust menonggeng??

Kalau pilih INTEC. Sumpah aku serabut.
Nak pergi lusa. Esok je lah tinggal untuk prepare semua benda.
Semua nak kena arrange balik.
Sian pulak abah dah siapkan sume borang-borang UIA tu.



OMG! Gua serabut.



Tapi abah aku mesti tanya aku nak yang mana
Then dia yang akan jawab,
"tak yah serabut lah..focus yang UIA ni je."
Sadis bukan?? =.="


Aku 100% pasti tu yang akan abah aku cakap.
Seyes aku nak nanges skarang. Cisss!
Nak medic! Puhleassseee :(





No Water No Shower



Hye to all readers and stalkers



Hari ni still takde air. Cissss betul!
Mak aku dah warning jangan bergumbira main air macam selalu. Demmmm!





Dahlah
Aku nak gi angkut air kat sungai jap =.='






eh eh, sape cakap aku blom mandi? dah hokey. semalam! muahaha

Hidung Nak Tercabut!

Hye to all readers and stalkers



Dah dekat pukul satu pagi

Tak boleh tido derr!

Selsema dahsyat punya...mengalir laju je..baek punya! =.="

Tapi bukan macam ni hokey!
Budak kecik comel lah lagi
Kalau aku macam tu mau kena tapak kasut sedass dua! Horibel gila :P


Tekak pon dah gatal-gatal semacam je

Demmmmm!! Gua nak tido ni! 

Tolong lapkan hingus ni...aku nak tido! puhhhleaseeeee *matakelipkelipgedikgila*




P/S: Maaf, aku tau post ni jijik!

Monday, May 23, 2011

Istidraj. Apakah?





Hye to all readers and stalkers


29 Mei dah start jadi student balik. Akan berhabuk la blog ni nampak gayanye. Haih~~
Ramai yang dapat offer pergi oversea...
kalau tak pergi oversea pon dapat course yang diorang idam-idamkan. jeles taww!


Dari zaman sekolah lagi
kadang-kadang terdetik jugak dalam hati
kenapa ada orang tak solat, tak tutup aurat tapi still berjaya! 
Sedangkan aku mak abah selalu pesan solat, doa banyak-banyak baru lah Allah bagi apa yang kita nak
tapi tu  pun bukan semua yang aku mintak aku dapat. 
Kenapa dia boleh dapat sedangkan dia tak buat semua tu?? Aku selalu tertanya-tanya.
Nak try ikut macam dia? Gila kau! Tak patut lah pulak kan =.='




Then aku ada terbaca tentang Istidraj. Apa benda tu??


Al-Istidraj :- 
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa. 


Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". 


Bila aku tau pasal istidraj ni, aku dah tak jeles sangat dah. Biarlah tu rezeki diorang. Allah nak bagi kan. Sapelah aku nak jeles-jeles nye. Aku rasa aku pon pernah macam tu dulu. Tinggal satu dua solat. Tapi result exam ok je...so, takde effect la kononnya...macam lah Allah tak tau kan?? Kena muhasabah diri balik. Betulkan apa yang tak betul. Harap- harap kita semua tak lalai dengan nikmat yang Allah bagi. Biarlah susah sekarang, kat sana nanti kita senang. Insya-Allah :D



P/S: 1) thanks to http://muzakarah.tripod.com/istidraj.html for the info. بارك الله فيك
     2) eh, ada bakat jadi ustazah tak? hehe :P


0 Dan 1



01111001 01101111 01110101 00100000 01100001 01110010 01100101 00100000 01110011 01110100 01101001 01101100 01101100 00100000 01101001 01101110 00100000 01101101 01111001 00100000 01101000 01100101 01100001 01110010 01110100 00101110 01110011 01110100 01101001 01101100 01101100 00101110





Kalau kat dunia ni ada nombor 0 dan 1 je
Best tak agak-agak??










Friday, May 20, 2011

Yu Ai A



Hye to all readers and stalkers


29 Mei ni dah kena daftar UIA dah
Tak ready lagi mental dan fizikal ni weh!
Nak duduk rumah lagi :P


Barang-barang boleh kata dah 95% siap kemas 
Eksaited ada, neves ada, sedih ada...haha
Padahal dah 5 tahun duduk asrama....rilek je
Maybe dah lama sangat bermalas-malasan kat rumah ni
Dah lama tak uruskan semua benda sendiri
Adoyai =.='


Harap-harap semuanya ok je :)


To all my future seniors:
Jangan buli saya
Saya budak baik ^.^


To all my future friends:
Tegurlah saya ye
sebab saya ni pemalu :P




Monday, May 16, 2011

Senyum :)




Abah dah cakap awal-awal lagi
tapi aku taknak dengar
siap muncung-muncung lagi


aku nak dengar cakap abah
takmo muncung-muncung dah
sebab cakap abah memang betul











rasa nak nanges bila tengok abah yang tengah makan nasik tu.nyesal degil takmo dengar cakap.

Sunday, May 15, 2011

Guru Hari Selamat


Hye to all readers and stalkers


Dua tiga hari ni
rasa rinduuuu nak sekolah balik
rindu nak lepak ramai-ramai kat asrama
dah habis sekolah baaaaru sedar hostel yang selama ni aku benci gila
yang aku rasa macam penjara dulu
dah mengajar aku baaaanyak sangat perkara tentang hidup ni


dari orang yang semuanya mak abah yang buatkan
dah pandai basuh baju *manual hokey...mesin basuh tak main lah* iron baju sendiri
dari orang yang buat tak kisah je bab-bab solat dan agama
dah pandai solat jemaah, tau apa tu solat dhuha, celik sikit bab-bab agama ni
dari orang yang fail time management
dah pandai urus masa sendiri
dari orang yang hanya kenal orang yang duduk sebelah dalam kelas SAHAJA
dah pandai bertegur sapa dengan orang lain
dari orang yang suka buat benda ikut kepala sendiri
dah tau hidup memang ada peraturan yang mesti dipatuhi


banyak lagi sebenarnya
sekarang baru terbukak mata
baru nak mengaku
hostel tu bukanlah penjara
warden tu bukanlah mak tiri yang jahat

sebab hostel dan warden yang garang tu lah
aku jadi aku yang sekarang ni
bukanlah bagus mana pon
tapi okey lah....
takdelah jahil sangat
tau macam mana nak urus diri tanpa family


Rasa nak nanges pulak! Cettt =.="


Hari guru esokkan?

SELAMAT HARI GURU, 
CIKGU-CIKGU SMART YANG HEBAT!!


Terima kasih banyak-banyak kepada warden yang jaga kitorang,
 cikgu-cikgu yang buat kelas tambahan every weekends, weekdays sampai saya rasa nak menangis kena korbankan masa tido, owh, dan pengetua yang brutal tapi baik hati!
 Selamat bersara pengetua! Manalah nak cari pengetua lain yang slumber derk gitu ye :D 





eh eh, ade ke cekgu nak melawat blog aku ni? :P

Saturday, May 14, 2011

Botox Punya Cerita



Hye to all readers and stalkers


Tadi bukak Yahoo dan aku terbaca pasal 
sorang mak yang inject BOTOX kat anak dia yang umo nye 8 TAHUN!!


Anaknya ada wrinkles......katanya =.='
eh, hello oo umur lapan tahun wrinkles mendenye lah weh?



Kalau macam ni banyak wrinkles nye
boleh la nak berbotox kan~~





Nak tau lebih lanjut tentang si ibu-yang-menginject-botox-di-muka-anaknya-yang-kononya-ada-wrinkles-tu
Sila klik ini




Haih, tak suka lah inject inject ni. sakit!!

Thursday, May 12, 2011

Weh,Raya Bulan Mei Lah!!


Hye to all readers and stalkers


Tetiba pulak rasa macam nak kawen raya
padahal puasa pon belum lagi =.='

Kalau time nak raya mesti aku jeles dengan kawan-kawan aku yang cerita:

"Tahun ni sume sedara balik rumah mak tok tau. Mesti happening!! Sukeww! sukeww!"
"Malam raya kitorang bakar lemang ramai-ramai"
"Meriah gila kau pagi raya kat kampung aku!"


Aku jeles gila lah 
Sebab aku takde kampung! Haih
Dari kecik nak rasa raya kat kampung.
Bakar lemang. Kemas rumah ramai-ramai. Main bunga api malam raya kat depan rumah. Pagi raya kecoh dengan sume sedara-mara yang balik raya sesama. Gi beraya reramai kat sume rumah yang ada kat kampung tu.
Fuhh..best kot!!




Rumah papan
Kondo ke, banglo ke takmo!


Sawah padi waaaaaajib ada.


Ada dusun buah ni










Aku nak sangat rasa raya kat kampung
So, sesape yang ada kampung dan ada semua yang aku nyatakan kat atas,
sila masuk meminang dengan segera! 
muahahaha :P






Waddehek cite pasal raya pulak ek?? Belasah je lah labu~~









Wednesday, May 11, 2011

Mari Join Bloglist SMILE:)



Hye to all readers and stalkers


Meh lah join bloglist ni!


Tak tau  macam mana nak join?

Klik la banner tu! Ce klik ce klik :D


Nak komen pasal blog AzriJohan ni macam tak layak je coz aku baru first time tersesat kat blog dia

So tunggu aku explore dululah baru boleh komen lebih lebih~~


Jom cepat join!


Keep On Smiling :)

Tuesday, May 10, 2011

Aku Hot Hokey!

Hye to all readers and stalkers.



HOT! HOT! HOT!

Naahhh..bukan aku yang hot lah *blushing*

Ni ha, dua tiga empat menjak ni panas dowh!

Duduk dalam rumah diam-diam pon berpeluh macam lari 1 jam atas treadmill tahu.

So, kira aci tak kalau aku tak lari sebab kuantiti peluh lari dengan tak lari sama je...ngeee :P


Panas panas macam ni seronot nye kalau dapat makan 


Perghhh! Syok lah~~



Malaysia baru panas macam ni aku dah rasa macam nak duduk dalam fridge!
Kalau kena duduk kat sini 


136.4 F = 58.0 C 

Hah, korang sanggup ke?
Aku taklah! Panas woo :O