Pages

Sunday, May 15, 2011

Guru Hari Selamat


Hye to all readers and stalkers


Dua tiga hari ni
rasa rinduuuu nak sekolah balik
rindu nak lepak ramai-ramai kat asrama
dah habis sekolah baaaaru sedar hostel yang selama ni aku benci gila
yang aku rasa macam penjara dulu
dah mengajar aku baaaanyak sangat perkara tentang hidup ni


dari orang yang semuanya mak abah yang buatkan
dah pandai basuh baju *manual hokey...mesin basuh tak main lah* iron baju sendiri
dari orang yang buat tak kisah je bab-bab solat dan agama
dah pandai solat jemaah, tau apa tu solat dhuha, celik sikit bab-bab agama ni
dari orang yang fail time management
dah pandai urus masa sendiri
dari orang yang hanya kenal orang yang duduk sebelah dalam kelas SAHAJA
dah pandai bertegur sapa dengan orang lain
dari orang yang suka buat benda ikut kepala sendiri
dah tau hidup memang ada peraturan yang mesti dipatuhi


banyak lagi sebenarnya
sekarang baru terbukak mata
baru nak mengaku
hostel tu bukanlah penjara
warden tu bukanlah mak tiri yang jahat

sebab hostel dan warden yang garang tu lah
aku jadi aku yang sekarang ni
bukanlah bagus mana pon
tapi okey lah....
takdelah jahil sangat
tau macam mana nak urus diri tanpa family


Rasa nak nanges pulak! Cettt =.="


Hari guru esokkan?

SELAMAT HARI GURU, 
CIKGU-CIKGU SMART YANG HEBAT!!


Terima kasih banyak-banyak kepada warden yang jaga kitorang,
 cikgu-cikgu yang buat kelas tambahan every weekends, weekdays sampai saya rasa nak menangis kena korbankan masa tido, owh, dan pengetua yang brutal tapi baik hati!
 Selamat bersara pengetua! Manalah nak cari pengetua lain yang slumber derk gitu ye :D 





eh eh, ade ke cekgu nak melawat blog aku ni? :P

No comments:

Post a Comment