Hye to all readers and stalkers
29 Mei dah start jadi student balik. Akan berhabuk la blog ni nampak gayanye. Haih~~
Ramai yang dapat offer pergi oversea...
kalau tak pergi oversea pon dapat course yang diorang idam-idamkan.
Dari zaman sekolah lagi
kadang-kadang terdetik jugak dalam hati
kenapa ada orang tak solat, tak tutup aurat tapi still berjaya!
Sedangkan aku mak abah selalu pesan solat, doa banyak-banyak baru lah Allah bagi apa yang kita nak
tapi tu pun bukan semua yang aku mintak aku dapat.
Kenapa dia boleh dapat sedangkan dia tak buat semua tu?? Aku selalu tertanya-tanya.
Nak try ikut macam dia? Gila kau! Tak patut lah pulak kan =.='
Then aku ada terbaca tentang Istidraj. Apa benda tu??
Al-Istidraj :-
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.
Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ".
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ".
Bila aku tau pasal istidraj ni, aku dah tak jeles sangat dah. Biarlah tu rezeki diorang. Allah nak bagi kan. Sapelah aku nak jeles-jeles nye. Aku rasa aku pon pernah macam tu dulu. Tinggal satu dua solat. Tapi result exam ok je...so, takde effect la kononnya...macam lah Allah tak tau kan?? Kena muhasabah diri balik. Betulkan apa yang tak betul. Harap- harap kita semua tak lalai dengan nikmat yang Allah bagi. Biarlah susah sekarang, kat sana nanti kita senang. Insya-Allah :D
P/S: 1) thanks to http://muzakarah.tripod.com/istidraj.html for the info. بارك الله فيك
2) eh, ada bakat jadi ustazah tak? hehe :P
InsyaAllah~
ReplyDeletetakbir!!Allahuakbar!!=)
p/s: Bile dah jadi ustazah nanti bagitau la eik~
Bolehla ana menimba ilmu dngn anti..hehe
@slumbergirlz
ReplyDeletehaha..insyaAllah :D