Tadi senior aku share something kat fb. Sambil-sambil belek buku biochemistry,
aku baca lah ape yang dia share tu.
Ohhh. pasal sorang makcik yang tak suka Dr Mursi (Presiden Mesir sekarang) dan bla bla bla.
Ni ceritanya:
Pagi tadi, membeli di sebuah kedai runcit dekat rumah. Tiba-tiba saya didatangi seorang makcik tua dan dengan suara yang tinggi dia berkata, "Mursi (Presiden Mesir) kata 70 peratus negara dah bersih, kamu percaya? Cuba tengok sampah ni!" sambil menunjuk ke arah sampah-sarap di sekitar kedai.
Saya kata, "Makcik kena faham, Mursi kata 70 peratus, masih ada baki 30 peratus dan 30 peratus lagi yang t
ak bersih tu antaranya di kedai ni la!".
Makcik yang bengang itu lantas menuduh saya Ikhwan. "Kamu orang Ikhwan?" Saya tidak menjawab soalan tersebut. "Jujurnya, bagi saya Mursi berbeza dan amat baik jika dibandingkan dengan Mubarak sebelum ini!" lantas saya berlalu meninggalkan makcik tersebut yang ternyata tidak boleh menerima kenyataan sambil dia bertempik, "Hati-hati! Budak ni Ikhwan Muslimin!!"
Terlupa saya untuk mengajukan soalan kepada makcik tersebut, "Rupanya 13 juta rakyat Mesir yang undi Mursi dalam pilihanraya baru-baru ini, semuanya Ikhwan Muslimin ye?"
Anggapan mereka, tanggungjawab membersihkan sampah sarap walaupun di depan tangga rumah, adalah tanggungjawab Presiden, bukan rakyat bekerjasama membantu. Anggapan mereka siapa yang sokong Mursi, adalah sokong Ikhwan. Anggapan mereka Mesir zaman Mubarak berada di tahap yang paling baik tanpa apa-apa krisis.
Tapi bukan ni yang aku nak kongsikan. Bukan ni yang buat aku tak puas hati. Tapi komen-komen kat bawah ni yang aku menyampah.
Huh, see! ape respond diorang? Bahasa macam mana dia guna?
Tau tak diorang tu siapa?
PELAJAR UNIVERSITI AL-AZHAR!
Orang-orang macam ni memang aku tak heran langsung. Aku manusia yang jahil ni rasa tak patut langsung komen-komen macam tu datang daripada diorang. Kalau tak suka pon, tak payah lah nak bahasakan orang bodo, himar bagai. Kau tu pandai sangat ke?
Entahlah, maybe ada yang kata aku emo tak tentu pasal.
Orang main-main aku pulak serius lebih-lebih.
Tapi bagi aku, student al-azhar, appearance berjubah, kopiah bagai, tapi cakap macam tu.
Nanti balik Malaysia, nak jadi cikgu ke, pendakwah ke, tak sesuai sangat.
Nanti orang tak respect kita. Orang takkan berubah kalau kena tegur macam tu.
Lagi benci ada lah.
Nabi Muhammad dulu macam-macam orang buat kat dia.
Tapi ada ke keluar perkataan bodoh, himar tu semua?
Aku yakin tak ada.
Kita ni siapa?
Mungkin orang tu (makcik dlm cerita tu) belum terbukak mata, belum nampak kebenarannya. Yelah, orang tua especially yang bukan well educated ni
senang nak dimanipulasi. Kat Malaysia pon ramai.
Dia bukan bodoh. Dia tak tau. Dia belum tau. Kalau dia tau?
Doakan dia. Jangan bodohkan dia.
Sama-sama muhasabah diri. Aku lagilah jahilnya.
No comments:
Post a Comment