Pages

Sunday, April 8, 2012

Lectures.Exam.Lectures.Exam



Assalamualaikum. 


Alhamdullilah, after a very hectic week, dah boleh bernafas dengan tenang. At least untuk 2 minggu yang akan datang ni. Takde mood nak update blog. Boleh kata setiap 2 hari ada assessment. Penat. 

Exam
-mula-mula ada assesment biochem. sangat horror. 30 soalan. 30 minit. 11 chapter kalau tak silap. Dahlah biochem aku punya killer subject. Mid-year exam haritu punyalah dahsyat markah. Haih. Konon nak tebus balik la masa test ni. Tapi, amatlah malang nasib ku ini, tertinggal satu chapter. Ye, aku tak revise chapter tu sebab ingatkan tak masuk. Dan tu bukan lah chapter yang hanya dua tiga muka surat. berpuluh muka surat. Apa lagi, speed reading lah setengah jam sebelum exam. In the end, biasalah. Tawakal dan doa tanpa usaha yang cukup selalunya tak mampu membuahkan kejayaan yang cemerlang. Ececeh, bermadah pujangga pulak.

-Practical Anatomy. Oke, terus terang aku memang sangat cuak. even masa nak masuk dissecting room tu ada terdetik dalam hati yang test kali ni tak sebaik test hari tu. Entah kenapa. Mungkin sebab yang sama mcm  biochem tu. Usaha tak maksimum. Bukan taknak usaha tapi bila banyak sangat exam, satu subject yang 10 soalan pon sampai 2 3 buku nak kena hafal, selang dua hari je antara test, serabut jadinya. balik class penat. Dari u ke rumah 45 minit-sejam. Sabar jela study dalam keadaan mengantuk+penat. 

-Physiology OSPE Exam. Aku cuba sedaya-upaya. Sebelum start exam tu memang cuak habis. tachycardia jadinya. Aku kalau cuak sangat, mesti apa yang aku hafal tu jadi tunggang -langgang, bercampur aduk. Aku tak tau nak buat apa, doa + tawakal aje lah. Aku dah usaha, mintak Allah permudahkan aku jawab soalan tu. Alhamdulillah, aku rasa ok. Walaupun rasa macam ada jawapan yang salah, tapi takpelah. Mudah-mudahan apa yang aku salah tu, aku akan ingat sampai bila-bila.

Weekends
-Ini benda yang buat aku betul-betul sedih. Dah lama tak rasa nikmatnya cuti time weekends. Ada tuition la, exam la, seminar la (yang ni aku mmg nak pergi, so takpe :P). Takpe lah, masa ni la nak latih diri, berlatih sibukkan diri, bahagikan masa, kurangkan tidur, siapkan kerja dalam masa yang sangat terhad dan singkat. Dah kerja nanti takde lah seksa sangat kan? Hehe.


Bahagia :D
-Perkara yang diaturkan Allah tu sangat indah. Walaupun mula-mula kita bermandi hujan, tapi tanpa diduga, ada matahari menyinari, tak cukup dengan tu, ada pelangi pulak. 

-Selalu, kalau kita tunggu atau sangat berharap sesuatu perkara tu berlaku. Kita akan hampa.
Tetapi, kadang-kadang dengan izin Allah, tanpa diduga  kita dapat apa yang kita idam-idamkan sedangkan kita langsung tak terfikir pun tentang perkara tu time tu. Perasaannya? Mestilah bahagia. Ye, hari ni aku rasa bahagia. Bangun tidur tgk ada pop-up window ym. Hmm, ingat kan....tapi bukan. 'close window'. Ehhhhh, ada satu lagi!! Ye, dia. Alhamdulillah, selepas lebih kurang 4 bulan tak berkomunikasi. Allah kembalikan inspirasi yang hilang di saat hati resah gelisah. Cukuplah untuk jadi pembakar semangat untuk 3 bulan akan datang :)


Okay lah. Panjang gilos dah aku membebel. Nak baca histology pulak. Esok ada formative exam. Doakan aku tau. Semoga kejayaan milik kita :D




No comments:

Post a Comment