Pages

Thursday, May 10, 2012

Yang Pertama


Assalamualaikum.

Hari ni terajin nak update blog walaupon takde orang baca pon. hehe
Tadi exam practical biochem. Ada lagi dua practical exam. Tak sabar nak habis weh!
Kalau boleh, sekarang jugak nak balik. Ngeee :D

Aku bukan anak manja. Aku budak tough.

Sebab aku anak sulung. Tapi ramai orang kata aku anak bongsu. Eh, bongsu? Haha
Cakap pasal anak sulung ni, dulu-dulu aku memang tak suka jadi anak sulung.
Selalu berangan satu hari nanti mak aku bagi tau 'mak nak reveal satu secret ni. awak ada abang sebenarnya!'
Haha. Sengal kot. Siap berazam aku akan terima si abang yang terpisah sejak kecik tu dengan hati terbuka. :P

Lama-lama bila dah besar ni. Dah rasa okay. Bukan teruk sangat jadi anak sulung ni sebenarnya :)
Anak sulung ni hidup dia susah sikit daripada adik-beradik lain.
Si anak sulung ni aku ibaratkan macam perintis segala-galanya.

Dia yang kena buat semua benda dulu. Tau ke, tak tau ke..kena cuba jugak.
Takde abang/kakak nak dijadikan panduan. Tak macam si adik-adik yang lain.



Masa darjah 4, aku nangis-nangis nak jawab soalan sains. Inferens tak tau apa. Pemboleh ubah segala bagai.
Tanya mak abah, manalah dorang tau. Bukan bidang dorang kan. Abang kakak takde nak tanya.
Selalu tinggal blank je. Sebab tak tau jawapan. Bukak buku rujukan pon tak paham. Masa tu lah aku nak sangat jadi anak bongsu. Nanti ada orang ajarkan :(

Aku lah yang mula-mula kena hantar masuk asrama. Terus terang, bagi aku anak sulung ni memang kena usaha lebih daripada adik-adik dia. Di awal-awal kehidupan si anak sulung ni memang perit sikit. Kena buat semua sendiri. Kalau balik rumah time weekend tu, bawak keluar homework, duduk jelah diam-diam buat homework kat meja. Tak tau, dah baca banyak kali pon tak paham, nak tanya sape? Dari situ lah, aku belajar search internet cari info, tanya senior, text kawan-kawan, pandai-pandailah cari inisiatif sendiri.


Beza sangat dengan si adik-adik aku ni. Semua nak kena suap especially yang last tu, homework pon nak kena jerit-jerit baaaaru nak keluarkan buku. Kalau tak tau, sebijik-sebijik dia tanya. takde inisiatif sendiri nak bukak buku, cari jawapan. Kadang-kadang aku jadi geram. Aku dulu takde sape pon nak tanya. Kebanyakannya kena usaha sendiri. Susah tu memang susah lah. Tapi perasaan dia lain. Macam kita akan lebih hargai sesuatu benda tu sebab susahhh nak dapat. Tapi adik-adik ni tak tau.

Anak sulung kena jadi contoh. Tu yang orang selalu cakap. Aku tak suka statement tu dulu. Tak adil. Sikit-sikit anak sulung. Haha. Tapi bila dengar mak cakap kat adik-adik yang nak exam tu, 'Kakak dulu dapat straight A's awak pon mesti boleh dapat straight A's jugak'. Aku yang dengar tu buat dek je lah. Tapi dalam hati macam ada taman je. Rasa macam segala usaha, susah payah, tunggang terbalik aku dulu tu ada orang hargai jugak :)


Tapi, bukan lah nak cakap si anak sulung ni akan selalu jadi yang terbaik. Tak jugak. Kalau adik-adik lagi bagus, tak salah yang tua ambil contoh daripada diorang. Kan?

Saturday, May 5, 2012

Cerita Kawen, Study & Exam LAGIII!!




Assalamualaikum to all.




Dah lama tak update. Takde cerita pon. Busy pon ye. Less than a month nak final exam. Final exam dah weh!! Cepat gila kan? After all ups and downs...sampai jugak ke tahap ni. Ek eleh, ayat mcm dah nak abes PhD je gayanye..haha. Tapi, seriously aku tau medic susah, tapi dulu rasa macam 'alah, org lain cakap susah, tak semestinya kau rasa susah jugak!'  Last-last, amek kau, call mak nanges-nanges sampai takleh cakap.

Bukan sebab study sangat pon..tapi sebab jauh beribu batu...jiwa jadi kacau.

 eh? paham? kfine, tak paham takpe.

Next week start Practical exam tapi
nak study macam kurang bermotivasi je. hehe


So, ape lagi. Mari blogwalking!
Then, nak tau apa aku jumpa?
Latest entry Dena Bahrin. Homaigod homaigod homaigod!
Sangat suweett la awak ni! Eh, sebelum tu..tahniah! tahniah!

Korang tau tak dia sape? Ish, kalau tak tau memang tak tau nak cakap apa lah kan.
Gi bukak blog dia. Ye, sekarang! 
Haa...dialah yang dah menggemparkan Malaysia dengan video proposal (asal ayat cam pelik?) mereka berdua tu. Yang amat manis tahap boleh kena diabetes mellitus! 
Oke, betul tak jeles. Tak langsung :|


"sebenarnya aku ada suka orang lain dan dalam erti kata lain menunggu seseorang
 yang aku dah lama sayang waktu aku diminta untuk berkahwin? 
perit yang aku lalui, Allah sahaja yang tahu." -Dena-


Aww, samaaaa macam aku punya angan-angan. :P
Tapi Dena, dia yang terbaik yang Allah bagi untuk awak, kan? :)


Bila baca benda-benda macam ni. Haa, mulalah naluri remaja-sembilan-belas-tahun ni menggedik-gedik nak kawen jugak!

Taaaapi, bila aku baca blog ni,
Pap, rasa tu makin lenyap dan lenyap.
Aku mula fikir dari perspektif lain pulak.
Ni lah yang aku plan dari aku tadika lagi, belajar setinggi yang boleh, kerja, duit banyak, ada rumah, kereta semua, then, baaaaru nak kawen.
tapi mak kata sebelum master kawen la. ngee



Dua-dua okay je pada aku.
Dah ada orang nak, dah bersedia, kawen lah.
Mungkin lagi semangat nak habiskan study lepas tu kan?
Terus dapat first class honours. Haaa, seronok kot!


Tapi, memandangkan aku takde pon orang amek2 gambar sendiri untuk propose aku,
so, aku pilih option kedua lah! haha.
Adehh, mana nak cari semangat nak study balik ni?
Ada jual ke ehhh?



Erm, awak nak jadi inspirasi saya? >.<



Oke, sekian entry merapu hari ini. Bye.