Pages

Thursday, March 31, 2011

Let's Overcome the Fear!!

"Decide that you want it more than you are afraid of it."
                                                                        -Bill Cosby-



Hye to all readers and stalkers

How are you? Did you sleep well last night? Haha.. I had a weird dream but nevermind...nobody's interested to know bout that =P

Today I wanna talk about 'How to Overcome Your Fear'
This is like motivating myself actually, cause I've many things that I'm afraid of.
Yeah, people afraid of many things and so do I. Some are scared to ask what they don't know. *me*
And many people are nervous about starting something new and anxious of what others think about them. *me again*


 I failed my additional mathematics test once. I failed the driving test.
I failed the school prefect interview. I'm not ashamed to admit that I've failed several times in my life. Yeah, I'm actually afraid of failure but I still believe that success is built upon failure. It's true y'all.

I know the failure feeling is suckkss. Sometimes we stop trying because we are afraid to fail. *ke aku je yg  macam ni?*

I think to overcome the fear , we should confront whatever it is we're afraid of directly.
For example, if you're afraid of..hmmm.. lets say it is speaking in front of the public. First, try to speak in front of mirror..then in front of your family members, friends and you can eventually overcome the fear without you really notice it. When I was in school, I was terrified of speaking in front of the class. My fingers were shaking macam hape je. Therefore, I'll make sure before the oral  assessment, I have enough practice.


Then we should change the way we think and the way we act. Jika kau fikirkan kau boleh...kau hampir boleh melakukan... Yeah, you can if you think you can. Mind set itu penting wahai rakyat sekalian.
Kalau takut fail addmath, do more exercise to make u familiarise with the questions.
Percayalah, it really works!!!


Believe in yourselves. I always afraid  to try something because I think I'm not as good as others.
I don't wanna join programme that needs me to speak in front of lotss of people. "Aku takleh buat la weh. Menggigil aku atas stage kang." See, low self-confidence. But, deep inside, I know I can but I just afraid that it will not turn up as what I aspected. Tapi, tak salah  untuk cuba kan? And you know what....the feeling is awesome!!



Hmm..I've done lotss of typing...penat weyh!! I should stop here. Btw, I should practice to speak in English from now. I can write (walaupon tak bagos mana kan) but I'm not very confident to hold a conversation in fully English.



"Wan, jom kita cakap English!!!"
"Jom!!"

Wan=nenek aku
ngeeee =P

Tuesday, March 29, 2011

Dia Cakap....

Ada orang tu cakap:

"sume budak yang dapat straight A's mesti nak amek medic"

Huh. Kenapanya? Biarlah.

Bukan nak ikut awak pon.




Monday, March 28, 2011

Kenapa Ya??

Hye to all readers and stalkers

First of all, post ni bukan berniat untuk menghentam sesiapa, bukan untuk memandang rendah sesiapa.
Sekadar pandangan kerana aku rasa kita semua bebas untuk bersuara.


Hari-hari bukak TV...
Tukar tukar channel nak cari cerita best..
Terdetik dalam hati,
"Eh, sini Malaysia ke Indonesia?"
Cerita Indonesia bersepah-sepah.
Kenapa ya??
Dah tak ada cerita melayu ke?


Then on radio pulak...
Tekan tekan..
Radio A...radio B..
Banyak lagu Indonesia jugak.
Lagu English yang lirik entah apa-apa pon banyak jugak.
Kenapa ya?


Dalam surat khabar
Ada artis Indonesia buat konsert.
Lagi berapa bulan konsert tu..
Dah kecoh sana-sini
Maher Zain datang Malaysia
Buat konsert sampai DUA kali!!
Artis Korea yang speaking bunyi semacam je
Boleh buat konsert kat stadium besar tu!
Bersepah penaja berlumba-lumba nak sponsor.
Kenapa ya?


Kenapa nak agung-agung kan mereka?
Orang malaysia, cerita malaysia, lagu malaysia tak cukup bagus?

Masa kecik-kecik, mak selalu kata,
"Keluarga lagi utama. Jangan asyik pentingkan kawan. Kalau susah, keluarga yang tolong kita dulu"

So, aku nak tukar sikit ayat tu,
"Jangan asyik agung-agungkan orang luar. Kalau kita susah, apa kita call orang kat Indonesia, kat Hollywood dulu ke??"


Fikir-fikirkan lah kawan-kawan. Aku pon kena fikir jugak.

Friday, March 25, 2011

perasaanitumasihsama!!


kau still berjaya buat jantung aku berdebar-debar
darah rasa cam sume naik ke kepala
tangan tiba sejuk. pucat.
apa rahsia kejayaan kau ha??





P/S: eh, aku ingat kau tak nak tau. terima kasih. itu pon dah cukup.
ym250311.1904pm.kegembiraan berganda.




Nak bagi tau ni, aku dah lulus test JPJ!! yay!!

Wednesday, March 23, 2011

The As

Hye to all readers and stalkers


Today, 23 March 2011
The SPM results are officially announced



I thought malam tadi takleh tido
Tapi tido lena semacam je..haha
And aku ada mimpi seram
Bukan mimpi hantu!
Aku mimpi time exam English..
Aku takleh jawab..dapat jawab 1 soalan je..
Tapi bila bangun tu buat bodo je la
*mimpi kan mainan tido* =P


Then, on da way nak pegi sekolah,
I told my mom bout that mimpi
Adakah ni satu petanda tak baik??
Adakah English aku tak A??
Adakah?? Adakah??
Seyes cuak kau!! Nak muntah pon ada gak.


Nampak je sekolah,
Kaki dah start menggigil
Nak muntah
Perut yang tak sakit pon jadi sakit
Adoyai, sangat cuak hokey!!
Rasa macam ni antara hidup mati je. Haha. Over.


Masa yang dinanti-nantikan..
Okey..
10A+
9A+
8A+
bla
bla
bla
bla
bla
dah banyak da nama kena panggil
aku dah rasa nak ajak mak aku balik dah.
ramai kawan aku dah naik pentas..
waddehek, aku tak dapat ke??
seyes nak nanges dah time tu..
then,
4A+
nama aku.woot.
naik stage dengan muka masam.
no. bukan tak bersyukur.
cuma dah lama sangat tunggu.
hampir-hampir nak balik dah...


Yeah, it's been a loooong day
Finally, all my hardwork has been paid off
walaupun tak achieve my target
tapi takpe..
walaupun aku jeles ngan korang yg dapat banyak sangat A+ tu!!
Dapat straight A pon aku dah sangat-sangat bersyukur =D

Thanks to:
  •  mak, abah yang dah banyak berkorban selama ni..
  • cikgu-cikgu yang sabar mengajar saya yang kadang-kadang slow, kadang-kadang tak siap homework, kadang-kadang lambat masuk kelas sampai kena duduk kat luar
  • kawan-kawan yang banyak sangat membantu
              *Budak-budak 5SJ- korang memang gempak la
              *Syaza-thanks ajar saya addmath!! awak memang cikgu saya yang best =D
              *Budak-budak hostel-study ramai-ramai best woo..
                yang tak tau pon jadi tau =D



Lastly, aku nak cakap:
TAHNIAH KEPADA SUME YANG DAPAT RESULT GEMPAK GEMPAK TU
Kalau result tak cantik pon takpe...cool beb...memang la sedih..dulu aku pernah dapat gak result yg tak best
tapi jangan give up tahu!! Banyak lagi peluang...usaha dan jangan putus asa!!! Chaiyokkk~~

Tuesday, March 22, 2011

Erm...





Jari-jari sume sejuk

Rasa nak termuntah

Jantung nak melompat keluar

Rasa nak terkenc pon ada









Simptom apakah itu? *sigh*

Monday, March 21, 2011

Hari Yang Serabott


.
.

.
.
.
.
.
.
.


Nak marah diri sendiri tapi pergi marah orang lain.
Then kena marah balik.
Padan muka kau!
.
.
.
.
.
.
.

P/S: Kepala hotak aku serabut sangat.







Sunday, March 20, 2011

Never Lose Hope

Hye to all readers and stalkers


I just found a video. A very inspiring video.




If you get tired, just rest, don't stop!
Never lose hope.



P/S: I'm still hoping for the best result. Pray for me.

Saturday, March 19, 2011

Minggu Depan Minggu Menyeramkan




Takut

Rabu

Result SPM

Jumaat

Test *ok REtest* JPJ

Takut

Hopefully semua berjalan lancar

dan dipermudahkan segala-galanya


Takut. Nak pengsan rasa.

Thursday, March 17, 2011

Pergi.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

You're still stuck in my mind.
Please. Please go away.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Wednesday, March 16, 2011

Lelaki Idamanku

Hye to all readers


Kalau lah kita boleh tentukan siapa pasangan hidup kita, seronok kan??

Semua ciri-ciri yang kita nak, dia ada..semuaaanya! Perfect.

Kalau lah boleh, aku nak lelaki yang...

1. Cool

    Cool bagi aku bukanlah cara dia dress up ke hape. Bagi aku orang yang cool ialah orang yang    pandai kawal emosi. Kalau dia suka orang, dia takde la tunjuk sangat, buat slumber je. Kalau marah, takyah la over sangat sampai sume benda tak baik kuar. Orang macam ni cool. Bagi aku la. Korang punya cool aku tak tau.

2. Hot

    Orang hot tak perlu badan berapi-api. Tak perlu. Lelaki yang aku rasa hot ialah lelaki yang bila pakai kemeja, lengan kemeja tu dia lipat sampai siku and kalau pakai spec lagi bertambah hot. Erk, dapat bayangkan ke'hot'an nye?


Macam ni!! Owh, hot nak mati!!!


3. Kerjanya merawat orang

    Nope. Bukan nurse. Tapi doktor. Dahlah cool, hot, doktor pulak tu. Omg, serious tak jatuh cinta kat orang lain dah. Haha.

4. Beramal dengan agamanya

    Ini kriteria yang WAJIB ada. Sepatutnya ni duduk kat no. 1 tapi lupa tadi. Eksaited sangat. Haha.
Bagi aku, kalau cool, hot, tapi agama entah ke mana, tak guna jugak. Aku pon bukan baik sangat. That's why aku nak orang yang macam ni. Pandai mengaji. Kalau suruh jadi imam pon cool je. Takde la lari gi saf belakang or dok tolak tolak orang lain untuk jadi imam. Mesti mak ngan abah pon suka. Ngeee =D

5. Pandai nyanyi & pandai main gitar
 
    Ini satu bonus sebenarnya. Kalau tak pandai sangat pon tak pe. Tapi kalau pandai laaaagi I sayang!!
Boleh la nyanyikan lagu Grenade bila I merajuk. Sebelum tido ada orang nyanyikan lagu Sedetik Lebih sambil main gitar. Owh, sweet sweet!!

6. Ada Mini Cooper S


Sejibik macam ni hokey!!



7.   Suka budak-budak 

     Lelaki yang suka budak-budak saaaangat comel. Nampak sangat la dia penyayang kan? kan? Aku memang takleh la tengok lelaki berkasih-sayang ngan budak kecik. Nak nak tengok lelaki dukung baby. Owh, cair aku. Haha. Over.



Cair.Fullstop.
8. Suka senyum

    Aku susah nak senyum. So, aku perlukan lelaki yang tak kedekut senyum untuk membuatkan aku tersenyum sepanjang hari. *ayat takleh bla* Lelaki yang suka senyum sangat cute tahuu. Nampak sweet je. Macam pakwe lama aku ni.


Cute bukan??




9. Kemas

    Kemas tak semestinya nak kena pakai kemeja+tie+tuck in sume tu. Tak perlu. Kemas dari kaca mata aku ni ialah rambut pendek. Takmo dye ke blonde ke. Mak abah saya tak suka. Lagi satu, bersih. Kalau kemas mesti nak bersih jugak. Kuku mesti pendek dan bersih. Kuku la antara anggota yang aku selalu perhatikan.
Kalau pergi pasar malam nak beli makanan. Then, tengok kuku pakcik tu berkarat semacam je. Ewww..cancel la pakcik!! Kebersihan kuku itu penting wahai sekalian masyarakat.


10. Pandai

      Bukan aku nak orang yang pandai macam Albert Einstein ke hape. Kalau boleh orang yang educated la. Bukan pandang rendah kat orang yang tak educated. Bukan. Cuma, dunia sekarang ni, memang pelajaran tu penting. Tak dapat dinafikan. Kan?? Yela, kalau dia pandai, boleh tolong aku siapkan assignment, ajar anak-anak buat homework. Owh, sweet kan?? Haha.


Aku rasa cukuplah 10 kriteria tu. Ada ke orang yang ada sume ciri-ciri yang aku listkan tu?? Haha..
Cakap senang je. Nak orang yang macam tu macam ni. Nak yang baik-baik je. Semuanya mesti perfect.
Biasala manusia. Aku sedar macam impossible je lelaki yang ada sume ciri-ciri tu.

Kita sedar tak, kita selalu nak orang yang terbaik untuk jadi pasangan kita. Baik, kaya, alim. Pendek kata hampir perfect. Tapi kita sedar tak adakah kita yang terbaik untuk dia?? Cukup baik ke kita untuk orang yang sebaik dia?? Mungkin ya. Mungkin tak. Aku rasa aku belum cukup baik untuk orang yang ada ciri-ciri kat atas tu. Tapi takpe. Akan ku usahakan untuk jadi orang yang laaaaagii baik. Owh, lelaki idaman, harap-harap nanti saya akan jumpa awak! Ngeee =P

Tuesday, March 15, 2011

Teguran Untuk Tuan Burung


Hye to all readers and stalkers



Last friday aku tengok Raja Lawak

Korang tengok??

Peserta-peserta yang buat lawak tak berapa cerdik mostly dah terkeluar

Tu yang ok sket aku nak tengok

Tapi kan,

Ada lah satu kumpulan ni bagi aku lawaknya memang tak lawak. Lucah je lebih.

Asyik-asyik burung. Main burung. Burung sunyi. Burung besar. Burung kecik.

Ehh, dalam hati aku cakap "Waddehel?? Lu takde idea yg lagi cerdik ke?"

Aku bukan nak condemn ke hape..

Tapi lawak 'double-meaning' tu sangat low class aku rasa

Tak perlu nak mencarut-carut. Tak perlu cakap mende lucah gitu.

Sekali dua mungkin orang ketawa lagi.

Kalau dah banyak kali...dah takde nafsu dah nak ketawa.

Kalau macam ni la, macam mana nak lahirkan pelawak yg berkualiti?

Malu je kat orang luar..

Pelawak kita buat lawak lucah semata-mata untuk buat orang ketawa!!

Malu tak?? Malu kan???

Fikir-fikir kan lah

Hopefully, masa final nanti takde lagi lawak-lawak low class ye =)

Saturday, March 12, 2011

Tiger =P



Saya bukan rindu awak

Saya cuma rindu perasaan tu

Perasaan bila awak ada depan mata saya

Jantung tiba-tiba macam nak melompat keluar

Tangan tiba-tiba sejuk semacam je

Tak tau la kenapa!




In memory:
100201
100202
100203
100204
100205
100206
Purple stripes. L. Body fit.




P/S: I miss ur stern face and also ayat-ayat laser yg menusuk kalbu itu!

Give up?? Never!!







Failure teaches success




From G to A
From L to P



If at first you don't succeed, try, and try again.
Never give up


Chaiyokkkk!!!!

Thursday, March 10, 2011

Encik JPJ :O

.
.
.
.
.
.
.

Jantung dupdapdupdap macam hape je

Rasa nak termuntah pon ada

Seram sejuk rasanya

Owh, Encik JPJ sungguh kuat auramu!
.
.
.
.
.




P/S: Awak dan awak, maaf!! Tiba-tiba hampir termarah awak dan awak tadi. Tak sengaja. Mood swing  hari ni. Maaf lagi sekali. Rasa bersalah sampai sekarang =(

Monday, March 7, 2011

Pemandu 'Berhemah'

Hye to all readers and stalkers



Hari ni aku blaja kereta yang ke beribu berapa kali entah

semuanya ok..

Parking tak langgar tiang

Bukit pon da expert da ok je

Masa bawak kat jalan raya tu

Rasa takde la sebengong dulu

Tapi kan..

Tadi ada sorang manusia kurang ajar gila

Dia pegi hon aku!!

Weh, aku duduk lane yg betul hokey!!

Slow sikit biasa la

Aku mana boleh bawak 100km/h

Nama pon lesen L baru

Takkan kau expect aku bawak macam Fernando Alonso!!!

Kau pon bukan bawak BMW ke hape

Setakat Viva...ape sangat la brader

Sticker P pon tak cabut lagi

Tunggu la aku ada Mini Cooper nanti,

Aku hon sekor sekor!!!

Aku  bersangka baik je la dengan kau brader

Mungkin kau nak cepat

Kucing kau meninggal ke

Tak pon mungkin

Kambing kau kena sawan ke

Mungkin la kan t__t






P/S: Lu jangan ingat lu hebat sangat. Lu jangan ingat jalan tu lu punya. Lu antara manusia paling 'cerdik' gua pernah jumpa!!

 *maaf, ini bukan bahasa percakapan seharian aku*




Sunday, March 6, 2011

@@#$%^&*(

.
.
.
.
.
.
.
.

Kalau rasa nak marah orang

Aku sumbat telinga dengan earphone

Turn up da volume sehabis mungkin
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sekarang aku tak dengar

Orang sekeliling cakap apa

Maknanya???



Credit to Encik Google

Saturday, March 5, 2011

110305

Joy is what I wish for you
Success in everything you do
Hope all your dreams come true
And luck may not leave you.






HAPPY BIRTHDAY, カラス!




 










Many things have changed over the years but you're still the same great person that really inspires me.

It's still here. Deep in my heart!





 

Wednesday, March 2, 2011

Samishi Katta Desu

Awak,

Dah laaaama tak cakap dengan  awak, kan?

Teringat zaman  dulu-dulu

Zaman kanak-kanak riang

Sekarang,

nak cakap pon macam malu je

Haha =P

Betul Ke?

Hye to all readers and stalkers



Semalam aku beli novel
Cerita standard la..
Mula-mula benci gila-gila
Tapi lepas tu sayang gila-gila
Dah banyak novel macam ni
Drama and movie pon sama



So, aku terfikir
Betul ke realitinya macam tu??


Mula-mula tak suka..
lepas tu suka gila-gila


ataupun
Mula-mula memang takde perasaan langsung
tapi bila dah hari-hari
asyik tengok muka sama je
jadi suka!
walaupon dia takde satu pon ciri-ciri lelaki idaman yang di'list'kan sejak kita tadika!!



Betul ke??