Pages

Wednesday, December 12, 2012

Bye Bye Besar :'(



Besar, si kesayangan semua orang dah pergi untuk selamanya pagi tadi.
Sedih. Sedih sangat sangat.

Masa summer break hari tu,
3 bulan, 24/7 menghadap diorang je, Besar ngan Kechiq.
Bagi makan, mandikan, tengok tv sama-sama, berjaga tengah malam sama-sama.
Banyak sangat kenangan sama-sama. Sampai aku rasa nak bawak diorang balik Egypt.
Tak sangka 3 bulan tu je. Lepas ni takde dah Besar.

Takde dah Besar bising-bising mintak makan tiap2 pagi, tiap2 petang.
Takde dah Besar tiba-tiba datang baring celah2 orang.
Takde dah Besar ketuk2 pintu bilik tengah2 malam or pagi-pagi.
Takde dah Besar berlari panjat sofa bila aku panggil.
Takde dah besar teman aku tengok movie malam-malam.

Sedih sangat.

Mak bagi tau tru fb td. Masa tu kat kuliah lagi.
Kelmarin kot tau dia sakit.
Hari ni dah takde. 
Masa lecture, tiba-tiba teringat, ternangis pulak.
Tengok video dia masa dulu-dulu, lagi sedih.
Rasa macam dia ada lagi.


Nak upload gambar, lembab lah pulak. Nantilah.

"Thanks for all the sweet memories, Besar. Teman kitorang, teman wan kat rumah. Saaaaaaaayang Besar. Kitorang mesti rindu Besar sangat-sangat.Terima kasih ya Allah, bagi pinjam Besar..walaupun cuma beberapa bulan je."

Saturday, November 24, 2012

My Stress-therapy




COOKING is my stress-therapy
while EATING is my passion



musim exam kita stress
bila stress kita masak
bila dah masak haruslah makan
bila dah makan wajibulghunnah lah gemss.


sebab tu aku tak suka exam. logikkan?




Saturday, November 10, 2012

Questions to be Answered














Will I be a good doctor?
Will I get married?
And if I get married,
Will I have a handsome good husband?
Will I live a happy life?
Will I?

Will you?
Will you marry me?

 Crap!








Kahwin tu tak pasti. Tapi mati itu pasti. Tapi bila?
















14440km




Dah dekat setengah tahun
berjaya tahan diri daripada berkomunikasi
tapi,
hari ni tiba-tiba rindu
rindu nak berkomunikasi
rindu ayat-ayat beku dan sarkastik itu.


Ish, moh la study. 
Jangan merepek.



Eh, tapi kalau kita rindu orang
sebab orang tu rindu kita jugak kan? kan? ahakss :P






Saturday, November 3, 2012

Kisah Ustaz dan Makcik Tua




Tadi senior aku share something kat fb. Sambil-sambil belek buku biochemistry, 
aku baca lah ape yang dia share tu.


Ohhh. pasal sorang makcik yang tak suka Dr Mursi (Presiden Mesir sekarang) dan bla bla bla.


Ni ceritanya:

Pagi tadi, membeli di sebuah kedai runcit dekat rumah. Tiba-tiba saya didatangi seorang makcik tua dan dengan suara yang tinggi dia berkata, "Mursi (Presiden Mesir) kata 70 peratus negara dah bersih, kamu percaya? Cuba tengok sampah ni!" sambil menunjuk ke arah sampah-sarap di sekitar kedai.


Saya kata, "Makcik kena faham, Mursi kata 70 peratus, masih ada baki 30 peratus dan 30 peratus lagi yang t
ak bersih tu antaranya di kedai ni la!". 


Makcik yang bengang itu lantas menuduh saya Ikhwan. "Kamu orang Ikhwan?" Saya tidak menjawab soalan tersebut. "Jujurnya, bagi saya Mursi berbeza dan amat baik jika dibandingkan dengan Mubarak sebelum ini!" lantas saya berlalu meninggalkan makcik tersebut yang ternyata tidak boleh menerima kenyataan sambil dia bertempik, "Hati-hati! Budak ni Ikhwan Muslimin!!"


Terlupa saya untuk mengajukan soalan kepada makcik tersebut, "Rupanya 13 juta rakyat Mesir yang undi Mursi dalam pilihanraya baru-baru ini, semuanya Ikhwan Muslimin ye?" 

Anggapan mereka, tanggungjawab membersihkan sampah sarap walaupun di depan tangga rumah, adalah tanggungjawab Presiden, bukan rakyat bekerjasama membantu. Anggapan mereka siapa yang sokong Mursi, adalah sokong Ikhwan. Anggapan mereka Mesir zaman Mubarak berada di tahap yang paling baik tanpa apa-apa krisis.


Tapi bukan ni yang aku nak kongsikan. Bukan ni yang buat aku tak puas hati. Tapi komen-komen kat bawah ni yang aku menyampah.





Huh, see! ape respond diorang? Bahasa macam mana dia guna?

Tau tak diorang tu siapa?

PELAJAR UNIVERSITI AL-AZHAR!


Orang-orang macam ni memang aku tak heran langsung. Aku manusia yang jahil ni rasa tak patut langsung komen-komen macam tu datang daripada diorang. Kalau tak suka pon, tak payah lah nak bahasakan orang bodo, himar bagai. Kau tu pandai sangat ke? 



Entahlah, maybe ada yang kata aku emo tak tentu pasal. 
Orang main-main aku pulak serius lebih-lebih.
Tapi bagi aku, student al-azhar, appearance berjubah, kopiah bagai, tapi cakap macam tu.
Nanti balik Malaysia, nak jadi cikgu ke, pendakwah ke, tak sesuai sangat.
Nanti orang tak respect kita. Orang takkan berubah kalau kena tegur macam tu.
 Lagi benci ada lah.



Nabi Muhammad dulu macam-macam orang buat kat dia.

Tapi ada ke keluar perkataan bodoh, himar tu semua?
Aku yakin tak ada.


Kita ni siapa?



Mungkin orang tu (makcik dlm cerita tu) belum terbukak mata, belum nampak kebenarannya. Yelah, orang tua especially yang bukan well educated ni 
senang nak dimanipulasi. Kat Malaysia pon ramai.

Dia bukan bodoh. Dia tak tau. Dia belum tau. Kalau dia tau?



Doakan dia. Jangan bodohkan dia.

Sama-sama muhasabah diri. Aku lagilah jahilnya.


























Friday, November 2, 2012

Interracial Marriage

     






           +
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaa

MUZ BICHOCOLATA!!


baru tau kesedapannya!

I wanna Kill Someone.










I MAY LOOK CALM, 


BUT IN MY HEAD 


I'VE KILLED YOU THREE TIMES.







Aku macam sombong, keras hati, muka takde perasaan.
Tapi sebenarnya kadang-kadang hati macam jelly.
Sekali terasa hati. Aku ingat. Susah nak lupa.

Wednesday, October 31, 2012

Maggi Bersemut lagi Berkhasiat.




Hari ni class habis pukul 11 pagi. Class pukul 1 petang cancel. 
Yay, rasa nak lompat bintang. Tapi control sebab nanti takde pulak orang nak buat calon isteri. Hehe.

On the way balik dah rasa perut kruk krek kruk krek. Ok tipu. Dari dalam lecture hall dah rasa lapar sebenarnya. Haha. Sebelum gi kelas tadi dah makan cream cracker 4 keping celup air teh o. Very the evergreen punya breakfast kan! Tapi sedapp :)  Tapi (eh, banyaknye tapi!) dasar perut banyak compartments mana cukup biskut 4 keping.
 Haruslah lapar lagi.


Sampai rumah. On kipas. Kasi sejuk hati dan perasaan. Habiskan minum air teh pagi tadi yang tinggal lagi setengah cawan pastu terus gi dapur masak maggi. Oh lalala.
Dah siap masak, masa nak makan baaaaru perasan sesuatu.


Banyaknye SEMUTTTTT dalam maggi tu!!




Segerombolan semut yang menemui ajal hari ni.


Nak buang sayang pulak. Maggi Malaysia tu. Dah la tengah lapar. Jadi marilah kita keluarkan mereka daripada maggi tu dan makan lah macam biasa. Haha. Nak kata jijik lettuwww! Ade aku kesah. Rugi lah. Kira halal jelah kalau termakan sekor dua tu. 
Harap-harap memory semua still okay :P



Tuesday, October 30, 2012

Membebel di Malam Hari





Dulu, orang cakap jadi medical student susah. Belajar susah, kerja susah.

Tak tau nak percaya ke tak. Tapi nak jugak. Tak kira lah apa pun.
Sekarang dah jadi medical student,


Dah rasa perasaan nak menangis-baca-buku-banyak-tak-paham-paham-pulak-tu :P

Belajar memang lah susah kan? kan?
Kalau senang semua orang dapat full marks. saya rindu awak.sangat!



Okay, nak sambung baca Physio. Banyak nak cover ni weh. Pengsan.










Monday, October 8, 2012

JEALOUS a.k.a CEMBURU


Pernah tak rasa jeles?
Jeles orang tu ada itu ini. Tapi kita takde.
Pernah? Aku pernah. Selalu.


Masa Kecik tapi aku besar

Aku jeles dengan classmate merangkap best friend masa tu. Kalau gaduh (read: kita takmo kawan awak!) ngan kawan dia which is aku, mak dia mesti datang sekolah, bukan nye marah, tapi tolong setelkan baik-baik. Buktinya, lepas dapat seringgit, I terus baik dengan dia, you! haha. Lepas tu, kalau gaduh lagi, mesti aku hentak-hentak kaki suruh mak aku datang sekolah jugak. Tapi, mak aku memang taklahh nak buat benda gitu. Kau gaduh, kau setel la sendiri. Nanges!

Masa Besar aku masih lagi besar


Masa besar lagi lah banyak aku menjeles. eh eh, bahasa!
  1. Ada sorang anak orang kaya yang tiap-tiap tahun ambil cuti. Pergi holiday oversea, pergi umrah. Aku pergi over-the-laut-china-selatan pon belum tentu tau. Tapi, dia baik. So, okay la. Jeles gitu-gitu je.
  2. Ada budak pandai kelas aku. Dahlah pandai, itu ini dia conquer. Cikgu semua suka dia. Secret admirer pon ada, siap letak surat celah alas meja. Who on earth yang tak beranak-pinak perasaan cemburu dalam hati? Tell me, please!

Masa Lagi Besar

Aku nak study abroad. nak pergi oversea lah kononnye..nak pergi four seasons country.. Dapat pergi negara banyak-banyak musim tapi ada extra lagi, berhabuk, berdebu,dan banyak lagi yang jauh tersasar daripada angan-angan mat jenin aku.

Lepas tu, kawan aku yg dapat scholarship tu, dapat study kat tempat orang putih. Four seasons country. Bersih, cantik. Exactly macam yang aku dok berangan-berangan tu. Tengok dia upload gambar dekat FB rasa macam...macam..ish, tak tau nak explain macam mana.


Jeles ni, macam penyakit la aku rasa. Penyakit hati. Kalau selalu nak jeles je dengan apa orang lain ada, boleh tenang ke hidup? Memang takk lah rasanya. Jeles dibenarkan dalam 2 perkara, tapi biarlah berpada-pada jugak:
  1. Cemburu pada orang yang berilmu dan menyampaikan ilmunya, dan kita cemburu dan ingin jadi sepertinya.
  2. Cemburu yang ke dua adalah apabila melihat orang berharta dan orang itu bersedekah, kita cemburu dan ingin menjadi sepertinya.
Credit to:anazahra

Jadi, nak jeles boleh, tapi jeleslah pada perkara yang baik, dan berusaha untuk melakukan kebaikan macam orang yang kita jeles tu. Jangan lah, orang ada boy friend pegang-pegang tangan kau jeles..nak jugak. Tu ibarat macam," eh, dia dpat dosalah! jelesnyeww itteww, jelesnyeww. nak dosa jugakk, nak jugak!" Berbaloi ke jeles korang kalau gitu? Jangan jadi bodoh, jadilah orang yang bersyukur.


"WHEN YOU'RE JEALOUS OF SOMEONE, WHAT YOU ARE REALLY DOING IS PROTESTING AGAINST ALLAH HAS DISTRIBUTED HIS RIZQ AND BLESSINGS AMONGST 
HIS SERVANTS."

Thursday, October 4, 2012

Don't Hesitate. Make a Move.



Assalamualaikum.


It's been a long time since the last post. In one week I'll be flying back to Egypt again, and I hope very much that I'll be able to cope with my studies there since I've been extending my holidays for almost 3 weeks. I must do bullet-train-revision then. Pheww!




Frankly speaking, I'm not ready to face another challenging year of studies there. Physically and mentally.
But, how afraid I am, how scared I am, I have to face it. I chose this path and I know every difficulties and every obstacles in front of me are worth fighting over. InsyaAllah.













Thursday, May 10, 2012

Yang Pertama


Assalamualaikum.

Hari ni terajin nak update blog walaupon takde orang baca pon. hehe
Tadi exam practical biochem. Ada lagi dua practical exam. Tak sabar nak habis weh!
Kalau boleh, sekarang jugak nak balik. Ngeee :D

Aku bukan anak manja. Aku budak tough.

Sebab aku anak sulung. Tapi ramai orang kata aku anak bongsu. Eh, bongsu? Haha
Cakap pasal anak sulung ni, dulu-dulu aku memang tak suka jadi anak sulung.
Selalu berangan satu hari nanti mak aku bagi tau 'mak nak reveal satu secret ni. awak ada abang sebenarnya!'
Haha. Sengal kot. Siap berazam aku akan terima si abang yang terpisah sejak kecik tu dengan hati terbuka. :P

Lama-lama bila dah besar ni. Dah rasa okay. Bukan teruk sangat jadi anak sulung ni sebenarnya :)
Anak sulung ni hidup dia susah sikit daripada adik-beradik lain.
Si anak sulung ni aku ibaratkan macam perintis segala-galanya.

Dia yang kena buat semua benda dulu. Tau ke, tak tau ke..kena cuba jugak.
Takde abang/kakak nak dijadikan panduan. Tak macam si adik-adik yang lain.



Masa darjah 4, aku nangis-nangis nak jawab soalan sains. Inferens tak tau apa. Pemboleh ubah segala bagai.
Tanya mak abah, manalah dorang tau. Bukan bidang dorang kan. Abang kakak takde nak tanya.
Selalu tinggal blank je. Sebab tak tau jawapan. Bukak buku rujukan pon tak paham. Masa tu lah aku nak sangat jadi anak bongsu. Nanti ada orang ajarkan :(

Aku lah yang mula-mula kena hantar masuk asrama. Terus terang, bagi aku anak sulung ni memang kena usaha lebih daripada adik-adik dia. Di awal-awal kehidupan si anak sulung ni memang perit sikit. Kena buat semua sendiri. Kalau balik rumah time weekend tu, bawak keluar homework, duduk jelah diam-diam buat homework kat meja. Tak tau, dah baca banyak kali pon tak paham, nak tanya sape? Dari situ lah, aku belajar search internet cari info, tanya senior, text kawan-kawan, pandai-pandailah cari inisiatif sendiri.


Beza sangat dengan si adik-adik aku ni. Semua nak kena suap especially yang last tu, homework pon nak kena jerit-jerit baaaaru nak keluarkan buku. Kalau tak tau, sebijik-sebijik dia tanya. takde inisiatif sendiri nak bukak buku, cari jawapan. Kadang-kadang aku jadi geram. Aku dulu takde sape pon nak tanya. Kebanyakannya kena usaha sendiri. Susah tu memang susah lah. Tapi perasaan dia lain. Macam kita akan lebih hargai sesuatu benda tu sebab susahhh nak dapat. Tapi adik-adik ni tak tau.

Anak sulung kena jadi contoh. Tu yang orang selalu cakap. Aku tak suka statement tu dulu. Tak adil. Sikit-sikit anak sulung. Haha. Tapi bila dengar mak cakap kat adik-adik yang nak exam tu, 'Kakak dulu dapat straight A's awak pon mesti boleh dapat straight A's jugak'. Aku yang dengar tu buat dek je lah. Tapi dalam hati macam ada taman je. Rasa macam segala usaha, susah payah, tunggang terbalik aku dulu tu ada orang hargai jugak :)


Tapi, bukan lah nak cakap si anak sulung ni akan selalu jadi yang terbaik. Tak jugak. Kalau adik-adik lagi bagus, tak salah yang tua ambil contoh daripada diorang. Kan?

Saturday, May 5, 2012

Cerita Kawen, Study & Exam LAGIII!!




Assalamualaikum to all.




Dah lama tak update. Takde cerita pon. Busy pon ye. Less than a month nak final exam. Final exam dah weh!! Cepat gila kan? After all ups and downs...sampai jugak ke tahap ni. Ek eleh, ayat mcm dah nak abes PhD je gayanye..haha. Tapi, seriously aku tau medic susah, tapi dulu rasa macam 'alah, org lain cakap susah, tak semestinya kau rasa susah jugak!'  Last-last, amek kau, call mak nanges-nanges sampai takleh cakap.

Bukan sebab study sangat pon..tapi sebab jauh beribu batu...jiwa jadi kacau.

 eh? paham? kfine, tak paham takpe.

Next week start Practical exam tapi
nak study macam kurang bermotivasi je. hehe


So, ape lagi. Mari blogwalking!
Then, nak tau apa aku jumpa?
Latest entry Dena Bahrin. Homaigod homaigod homaigod!
Sangat suweett la awak ni! Eh, sebelum tu..tahniah! tahniah!

Korang tau tak dia sape? Ish, kalau tak tau memang tak tau nak cakap apa lah kan.
Gi bukak blog dia. Ye, sekarang! 
Haa...dialah yang dah menggemparkan Malaysia dengan video proposal (asal ayat cam pelik?) mereka berdua tu. Yang amat manis tahap boleh kena diabetes mellitus! 
Oke, betul tak jeles. Tak langsung :|


"sebenarnya aku ada suka orang lain dan dalam erti kata lain menunggu seseorang
 yang aku dah lama sayang waktu aku diminta untuk berkahwin? 
perit yang aku lalui, Allah sahaja yang tahu." -Dena-


Aww, samaaaa macam aku punya angan-angan. :P
Tapi Dena, dia yang terbaik yang Allah bagi untuk awak, kan? :)


Bila baca benda-benda macam ni. Haa, mulalah naluri remaja-sembilan-belas-tahun ni menggedik-gedik nak kawen jugak!

Taaaapi, bila aku baca blog ni,
Pap, rasa tu makin lenyap dan lenyap.
Aku mula fikir dari perspektif lain pulak.
Ni lah yang aku plan dari aku tadika lagi, belajar setinggi yang boleh, kerja, duit banyak, ada rumah, kereta semua, then, baaaaru nak kawen.
tapi mak kata sebelum master kawen la. ngee



Dua-dua okay je pada aku.
Dah ada orang nak, dah bersedia, kawen lah.
Mungkin lagi semangat nak habiskan study lepas tu kan?
Terus dapat first class honours. Haaa, seronok kot!


Tapi, memandangkan aku takde pon orang amek2 gambar sendiri untuk propose aku,
so, aku pilih option kedua lah! haha.
Adehh, mana nak cari semangat nak study balik ni?
Ada jual ke ehhh?



Erm, awak nak jadi inspirasi saya? >.<



Oke, sekian entry merapu hari ini. Bye.





Sunday, April 8, 2012

Lectures.Exam.Lectures.Exam



Assalamualaikum. 


Alhamdullilah, after a very hectic week, dah boleh bernafas dengan tenang. At least untuk 2 minggu yang akan datang ni. Takde mood nak update blog. Boleh kata setiap 2 hari ada assessment. Penat. 

Exam
-mula-mula ada assesment biochem. sangat horror. 30 soalan. 30 minit. 11 chapter kalau tak silap. Dahlah biochem aku punya killer subject. Mid-year exam haritu punyalah dahsyat markah. Haih. Konon nak tebus balik la masa test ni. Tapi, amatlah malang nasib ku ini, tertinggal satu chapter. Ye, aku tak revise chapter tu sebab ingatkan tak masuk. Dan tu bukan lah chapter yang hanya dua tiga muka surat. berpuluh muka surat. Apa lagi, speed reading lah setengah jam sebelum exam. In the end, biasalah. Tawakal dan doa tanpa usaha yang cukup selalunya tak mampu membuahkan kejayaan yang cemerlang. Ececeh, bermadah pujangga pulak.

-Practical Anatomy. Oke, terus terang aku memang sangat cuak. even masa nak masuk dissecting room tu ada terdetik dalam hati yang test kali ni tak sebaik test hari tu. Entah kenapa. Mungkin sebab yang sama mcm  biochem tu. Usaha tak maksimum. Bukan taknak usaha tapi bila banyak sangat exam, satu subject yang 10 soalan pon sampai 2 3 buku nak kena hafal, selang dua hari je antara test, serabut jadinya. balik class penat. Dari u ke rumah 45 minit-sejam. Sabar jela study dalam keadaan mengantuk+penat. 

-Physiology OSPE Exam. Aku cuba sedaya-upaya. Sebelum start exam tu memang cuak habis. tachycardia jadinya. Aku kalau cuak sangat, mesti apa yang aku hafal tu jadi tunggang -langgang, bercampur aduk. Aku tak tau nak buat apa, doa + tawakal aje lah. Aku dah usaha, mintak Allah permudahkan aku jawab soalan tu. Alhamdulillah, aku rasa ok. Walaupun rasa macam ada jawapan yang salah, tapi takpelah. Mudah-mudahan apa yang aku salah tu, aku akan ingat sampai bila-bila.

Weekends
-Ini benda yang buat aku betul-betul sedih. Dah lama tak rasa nikmatnya cuti time weekends. Ada tuition la, exam la, seminar la (yang ni aku mmg nak pergi, so takpe :P). Takpe lah, masa ni la nak latih diri, berlatih sibukkan diri, bahagikan masa, kurangkan tidur, siapkan kerja dalam masa yang sangat terhad dan singkat. Dah kerja nanti takde lah seksa sangat kan? Hehe.


Bahagia :D
-Perkara yang diaturkan Allah tu sangat indah. Walaupun mula-mula kita bermandi hujan, tapi tanpa diduga, ada matahari menyinari, tak cukup dengan tu, ada pelangi pulak. 

-Selalu, kalau kita tunggu atau sangat berharap sesuatu perkara tu berlaku. Kita akan hampa.
Tetapi, kadang-kadang dengan izin Allah, tanpa diduga  kita dapat apa yang kita idam-idamkan sedangkan kita langsung tak terfikir pun tentang perkara tu time tu. Perasaannya? Mestilah bahagia. Ye, hari ni aku rasa bahagia. Bangun tidur tgk ada pop-up window ym. Hmm, ingat kan....tapi bukan. 'close window'. Ehhhhh, ada satu lagi!! Ye, dia. Alhamdulillah, selepas lebih kurang 4 bulan tak berkomunikasi. Allah kembalikan inspirasi yang hilang di saat hati resah gelisah. Cukuplah untuk jadi pembakar semangat untuk 3 bulan akan datang :)


Okay lah. Panjang gilos dah aku membebel. Nak baca histology pulak. Esok ada formative exam. Doakan aku tau. Semoga kejayaan milik kita :D




Saturday, March 3, 2012

Loss of Motivaton







3 years ago.
When I lost motivation to study.
When all the subjects seemed to be so difficult to me.
When my grades really pissed me off


Someone said to me.
"Kalau senang, semua orang dapat A"

yeah, I did expect for comforting words. at least kan.
but hey, that cold-sarcastic-sentence really worked for me.




I need to be motivated. to be inspired. 
Again.