Pages

Wednesday, May 25, 2011

Delima? No! It's DILEMMA!

UIA or INTEC ?

MALAYSIA or EGYPT?

BIOLOGICAL SCIENCE or MEDIC?


Barang-barang untuk UIA sume dah siap.
Then dapat call dari yayasan pahang


Alahai, jangan buat aku macam ni.
Pegi UIA tak confirm lagi dapat tukar course ke tak.
Pegi INTEC tu memang dah sah-sah la dapat medic kan.
Aku dah set mind untuk pegi UIA tapi call tadi buat aku arrrgghh!
Nak medic. sangat. sungguh amat sangat paling.

INTEC register 27/5 which is lusa. gila.
UIA 29/5. 

Kalau pilih UIA then tak dapat tukarkan BS tu ke Medic.
Tak ke frust menonggeng??

Kalau pilih INTEC. Sumpah aku serabut.
Nak pergi lusa. Esok je lah tinggal untuk prepare semua benda.
Semua nak kena arrange balik.
Sian pulak abah dah siapkan sume borang-borang UIA tu.



OMG! Gua serabut.



Tapi abah aku mesti tanya aku nak yang mana
Then dia yang akan jawab,
"tak yah serabut lah..focus yang UIA ni je."
Sadis bukan?? =.="


Aku 100% pasti tu yang akan abah aku cakap.
Seyes aku nak nanges skarang. Cisss!
Nak medic! Puhleassseee :(





No Water No Shower



Hye to all readers and stalkers



Hari ni still takde air. Cissss betul!
Mak aku dah warning jangan bergumbira main air macam selalu. Demmmm!





Dahlah
Aku nak gi angkut air kat sungai jap =.='






eh eh, sape cakap aku blom mandi? dah hokey. semalam! muahaha

Hidung Nak Tercabut!

Hye to all readers and stalkers



Dah dekat pukul satu pagi

Tak boleh tido derr!

Selsema dahsyat punya...mengalir laju je..baek punya! =.="

Tapi bukan macam ni hokey!
Budak kecik comel lah lagi
Kalau aku macam tu mau kena tapak kasut sedass dua! Horibel gila :P


Tekak pon dah gatal-gatal semacam je

Demmmmm!! Gua nak tido ni! 

Tolong lapkan hingus ni...aku nak tido! puhhhleaseeeee *matakelipkelipgedikgila*




P/S: Maaf, aku tau post ni jijik!

Monday, May 23, 2011

Istidraj. Apakah?





Hye to all readers and stalkers


29 Mei dah start jadi student balik. Akan berhabuk la blog ni nampak gayanye. Haih~~
Ramai yang dapat offer pergi oversea...
kalau tak pergi oversea pon dapat course yang diorang idam-idamkan. jeles taww!


Dari zaman sekolah lagi
kadang-kadang terdetik jugak dalam hati
kenapa ada orang tak solat, tak tutup aurat tapi still berjaya! 
Sedangkan aku mak abah selalu pesan solat, doa banyak-banyak baru lah Allah bagi apa yang kita nak
tapi tu  pun bukan semua yang aku mintak aku dapat. 
Kenapa dia boleh dapat sedangkan dia tak buat semua tu?? Aku selalu tertanya-tanya.
Nak try ikut macam dia? Gila kau! Tak patut lah pulak kan =.='




Then aku ada terbaca tentang Istidraj. Apa benda tu??


Al-Istidraj :- 
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa. 


Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". 


Bila aku tau pasal istidraj ni, aku dah tak jeles sangat dah. Biarlah tu rezeki diorang. Allah nak bagi kan. Sapelah aku nak jeles-jeles nye. Aku rasa aku pon pernah macam tu dulu. Tinggal satu dua solat. Tapi result exam ok je...so, takde effect la kononnya...macam lah Allah tak tau kan?? Kena muhasabah diri balik. Betulkan apa yang tak betul. Harap- harap kita semua tak lalai dengan nikmat yang Allah bagi. Biarlah susah sekarang, kat sana nanti kita senang. Insya-Allah :D



P/S: 1) thanks to http://muzakarah.tripod.com/istidraj.html for the info. بارك الله فيك
     2) eh, ada bakat jadi ustazah tak? hehe :P


0 Dan 1



01111001 01101111 01110101 00100000 01100001 01110010 01100101 00100000 01110011 01110100 01101001 01101100 01101100 00100000 01101001 01101110 00100000 01101101 01111001 00100000 01101000 01100101 01100001 01110010 01110100 00101110 01110011 01110100 01101001 01101100 01101100 00101110





Kalau kat dunia ni ada nombor 0 dan 1 je
Best tak agak-agak??










Friday, May 20, 2011

Yu Ai A



Hye to all readers and stalkers


29 Mei ni dah kena daftar UIA dah
Tak ready lagi mental dan fizikal ni weh!
Nak duduk rumah lagi :P


Barang-barang boleh kata dah 95% siap kemas 
Eksaited ada, neves ada, sedih ada...haha
Padahal dah 5 tahun duduk asrama....rilek je
Maybe dah lama sangat bermalas-malasan kat rumah ni
Dah lama tak uruskan semua benda sendiri
Adoyai =.='


Harap-harap semuanya ok je :)


To all my future seniors:
Jangan buli saya
Saya budak baik ^.^


To all my future friends:
Tegurlah saya ye
sebab saya ni pemalu :P




Monday, May 16, 2011

Senyum :)




Abah dah cakap awal-awal lagi
tapi aku taknak dengar
siap muncung-muncung lagi


aku nak dengar cakap abah
takmo muncung-muncung dah
sebab cakap abah memang betul











rasa nak nanges bila tengok abah yang tengah makan nasik tu.nyesal degil takmo dengar cakap.

Sunday, May 15, 2011

Guru Hari Selamat


Hye to all readers and stalkers


Dua tiga hari ni
rasa rinduuuu nak sekolah balik
rindu nak lepak ramai-ramai kat asrama
dah habis sekolah baaaaru sedar hostel yang selama ni aku benci gila
yang aku rasa macam penjara dulu
dah mengajar aku baaaanyak sangat perkara tentang hidup ni


dari orang yang semuanya mak abah yang buatkan
dah pandai basuh baju *manual hokey...mesin basuh tak main lah* iron baju sendiri
dari orang yang buat tak kisah je bab-bab solat dan agama
dah pandai solat jemaah, tau apa tu solat dhuha, celik sikit bab-bab agama ni
dari orang yang fail time management
dah pandai urus masa sendiri
dari orang yang hanya kenal orang yang duduk sebelah dalam kelas SAHAJA
dah pandai bertegur sapa dengan orang lain
dari orang yang suka buat benda ikut kepala sendiri
dah tau hidup memang ada peraturan yang mesti dipatuhi


banyak lagi sebenarnya
sekarang baru terbukak mata
baru nak mengaku
hostel tu bukanlah penjara
warden tu bukanlah mak tiri yang jahat

sebab hostel dan warden yang garang tu lah
aku jadi aku yang sekarang ni
bukanlah bagus mana pon
tapi okey lah....
takdelah jahil sangat
tau macam mana nak urus diri tanpa family


Rasa nak nanges pulak! Cettt =.="


Hari guru esokkan?

SELAMAT HARI GURU, 
CIKGU-CIKGU SMART YANG HEBAT!!


Terima kasih banyak-banyak kepada warden yang jaga kitorang,
 cikgu-cikgu yang buat kelas tambahan every weekends, weekdays sampai saya rasa nak menangis kena korbankan masa tido, owh, dan pengetua yang brutal tapi baik hati!
 Selamat bersara pengetua! Manalah nak cari pengetua lain yang slumber derk gitu ye :D 





eh eh, ade ke cekgu nak melawat blog aku ni? :P

Saturday, May 14, 2011

Botox Punya Cerita



Hye to all readers and stalkers


Tadi bukak Yahoo dan aku terbaca pasal 
sorang mak yang inject BOTOX kat anak dia yang umo nye 8 TAHUN!!


Anaknya ada wrinkles......katanya =.='
eh, hello oo umur lapan tahun wrinkles mendenye lah weh?



Kalau macam ni banyak wrinkles nye
boleh la nak berbotox kan~~





Nak tau lebih lanjut tentang si ibu-yang-menginject-botox-di-muka-anaknya-yang-kononya-ada-wrinkles-tu
Sila klik ini




Haih, tak suka lah inject inject ni. sakit!!

Thursday, May 12, 2011

Weh,Raya Bulan Mei Lah!!


Hye to all readers and stalkers


Tetiba pulak rasa macam nak kawen raya
padahal puasa pon belum lagi =.='

Kalau time nak raya mesti aku jeles dengan kawan-kawan aku yang cerita:

"Tahun ni sume sedara balik rumah mak tok tau. Mesti happening!! Sukeww! sukeww!"
"Malam raya kitorang bakar lemang ramai-ramai"
"Meriah gila kau pagi raya kat kampung aku!"


Aku jeles gila lah 
Sebab aku takde kampung! Haih
Dari kecik nak rasa raya kat kampung.
Bakar lemang. Kemas rumah ramai-ramai. Main bunga api malam raya kat depan rumah. Pagi raya kecoh dengan sume sedara-mara yang balik raya sesama. Gi beraya reramai kat sume rumah yang ada kat kampung tu.
Fuhh..best kot!!




Rumah papan
Kondo ke, banglo ke takmo!


Sawah padi waaaaaajib ada.


Ada dusun buah ni










Aku nak sangat rasa raya kat kampung
So, sesape yang ada kampung dan ada semua yang aku nyatakan kat atas,
sila masuk meminang dengan segera! 
muahahaha :P






Waddehek cite pasal raya pulak ek?? Belasah je lah labu~~









Wednesday, May 11, 2011

Mari Join Bloglist SMILE:)



Hye to all readers and stalkers


Meh lah join bloglist ni!


Tak tau  macam mana nak join?

Klik la banner tu! Ce klik ce klik :D


Nak komen pasal blog AzriJohan ni macam tak layak je coz aku baru first time tersesat kat blog dia

So tunggu aku explore dululah baru boleh komen lebih lebih~~


Jom cepat join!


Keep On Smiling :)

Tuesday, May 10, 2011

Aku Hot Hokey!

Hye to all readers and stalkers.



HOT! HOT! HOT!

Naahhh..bukan aku yang hot lah *blushing*

Ni ha, dua tiga empat menjak ni panas dowh!

Duduk dalam rumah diam-diam pon berpeluh macam lari 1 jam atas treadmill tahu.

So, kira aci tak kalau aku tak lari sebab kuantiti peluh lari dengan tak lari sama je...ngeee :P


Panas panas macam ni seronot nye kalau dapat makan 


Perghhh! Syok lah~~



Malaysia baru panas macam ni aku dah rasa macam nak duduk dalam fridge!
Kalau kena duduk kat sini 


136.4 F = 58.0 C 

Hah, korang sanggup ke?
Aku taklah! Panas woo :O

Sunday, May 8, 2011

Lapar? Makanlah!



Hye to all readers and stalkers


Tengah aku dok syok chatting sambil dengar lagu I Stalk Your Profile
Tetiba ada orang ketuk bilik aku kuat-kuat
Bunyi dia slow sket dari bunyi mak aku ketuk pintu nak kejut bangun subuh


*bukak pintu*

"Kenapaaaaaaaa?"
"Makan"
"Makan?"

*tengok jam*

"10 malam?"
Mak aku sengih je =.="




Tadi kitorang makan malam pukul 6 petang.
Aku dah cakap, "ni makan awal sangat ni, kang malam mesti lapar!"
Tapi ada orang tu cakap takdenye...aku yang kuat makan.
Tengok sape yang lapar malam-malam?
Orang yang kuat makan ke, orang yang tak kuat makan??
Muahahaha~~

Saturday, May 7, 2011

Fahrin Ahmad Datang Rumah! Pengsan!!!



Kalau aku rasa serabut 
banyak sangat benda nak fikir
selalu didesak buat itu buat ini
semua kerja nak cepat cepat siap





dengan muka nak kena pelempang
aku akan tinggalkan semua yang menyerabutkan kepala hotak tu
campakkan diri atas katil
tekupkan kepala dengan bantal
sumbat telinga dengan earphone volume tak yah cakap ar..paham sendiri lah
dengan harapan semua keserabutan akan hilang!





Tapi malangnya serabut tetap serabut!


Tulun! tulun!

Tak suka kena pilih-pilih ni. Mencik tau!
Tapi aku bersyukurlah coz dapat apa yang aku apply.
Cuma bab pilih memilih ni aku lemah sikit.

Matriks: 1 tahun
Asasi   : 2 tahun
Mara: tolak tepi coz takde harapan rasanya
Yayasan Pahang: result belum keluar lg.
dulu ni bukan first choice. takde dlm list pon. tapi sekarang dah jadi first choice.
Adoyai.


Nak pegi mana ni? Seyes aku tak tau mana satu yg ok.
Kalau aku ada abang ke kakak ke boleh lah mintak pendapat dorang kan...
tapi takde lah pulak! haih~~





Senang-senang kawen je. Abes cerita! muahaha :D


Friday, May 6, 2011

Ahmad Albab





Aku harap masih ada peluang untuk aku ke situ

walaupun bukan melalui 'pintu itu'

Aku harap sangat-sangat.











Pintu=Albab







Pintu itu. Aku akan berdiri jugak kat situ satu hari nanti. Aku percaya.

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


Hye to all readers and stalkers




image

Nak blog korang bergegar??
Sila klik banner tu!
Confirm korang akan rasa gegaran yang gile dahsyat!!
Tak caye?

Ce try klik ^.^

Thursday, May 5, 2011

Sayang


" B sayang baby. Sayang sangat-sangat!"

"iteww cayunk awak cangat2! iteww takleh idup tanpa awak, cayunk"


" Aku sayang kau gile2 walaupon aku tau kau sikit pon tak pandang aku!"

"Sehari Papa tak jumpa Mama, Papa rasa hidup Papa macam tak lengkap je."

"You're the only one that I love. You jump I jump, darling"



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tu semua dialog biasa lah kan.
Cakap sayang dekat orang lain bukan main senang.
Ringan je mulut nak cakap sayang, rindu semua.


Tapi tak ramai yang ringan mulut nak cakap sayang kat mak ayah.
Betul tak?





Aku pon sama. bukan tak sayang tapi segan lah :P